Artikel Terkini

Che Ta sambut usia 50 tahun di rumah baharu bernilai RM10 juta

Che Ta sambut usia 50 tahun di rumah baharu bernilai RM10 juta
Che Ta sambut usia 50 tahun di rumah baharu bernilai RM10 juta 1

KUALA LUMPUR – Pepatah Inggeris ada menyebut, kehidupan sebenar bermula pada usia 40 tahun. Namun bagi anak seni dan usahawan popular, Rozita Che Wan atau Che Ta, kehidupannya cukup bermakna pada usia 50 tahun yang disambut pada 9 Mac lalu.

Lebih manis, genap usia berkenaan juga disambut dengan kehadiran rumah baharu bernilai hampir RM10 juta yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta menanti empat tahun untuk menghuni banglo itu selepas menghadapi beberapa masalah termasuk kontraktor pembinaan menghilangkan diri selepas dia melabur jutaan ringgit.

“Tidak dapat saya gambarkan perasaan menyambut ulang tahun kali ini. Tambah pula dapat masuk rumah baharu dan bukan sekecil anak jumlah saya laburkan untuk rumah ini.

“Kena tipu dengan beberapa kontraktor pembinaan lagi dan kemudian kita diuji dengan pandemik Covid-19, jadi proses pengubahsuaian rumah itu pun tertangguh.

“Tapi kini, saya bersyukur semuanya berakhir. Tambahan pula, Ramadan dan Syawal bakal disambut umat Islam tidak lama lagi di mana dapat masuk rumah baharu ini boleh kira hadiah paling terindah buat saya,” kata ibu kepada tiga anak ini.

Banglo berkenaan tidak hanya didiami Che Ta bersama suami, Zain Saidin malah pelakon drama Kiah Pekasam itu turut dipuji ramai kerana memuliakan orang tua apabila mengajak ibu dan ibu mentuanya tinggal bersama.

“Zain sendiri terkejut dan tidak sangka apabila saya nekad mengajak ibunya tinggal bersama.

“Lagipun mak mentua saya tinggal seorang diri selepas cucunya yang juga anak Sasha Saidin berpindah ke luar negara. Jadi saya fikir tidak salah mengajaknya duduk sekali di rumah baharu.

“Keadaan kesihatannya kebelakangan ini pun tidak bagus selepas menjalani pembedahan. Setidak-tidaknya ada yang melihat dan membantunya apabila tinggal sekali,” katanya.

See also  “Nampaknya Ramai Tertipu..” – Muka Marissa Dania Tanpa Mekap Dilabel ‘Muka Awam’

Pengasas bersama empayar perniagaan Inai Che Ta itu berkata, Zain pada awal bimbang ibunya menjadi beban.

“Saya tidak pernah berfikir begitu terhadap sesiapa pun yang berada di bawah tanggungan ini. Saya percaya kadang-kadang Allah beri rezeki kita melalui orang lain.

“Dia pun tidak cerewet dan mudah diurus. Di usianya 76 tahun, dia makan apa saja yang dihidangkan. Orang tua makan banyak mana sangat pun. Malah dia enggan menyusahkan saya termasuk pembantu rumah.

“Selama ini, masa tinggal dengan cucunya, dia memang sangat kuat dan kental. Dialah yang memandu kereta menghantar cucu ke sekolah, kelas taekwondo dan membeli barangan harian. Tapi sejak kesihatannya terganggu selepas terjatuh dan pinggulnya retak hingga terpaksa jalani pembedahan, dia seakan lemah,” katanya.

Che Ta juga mengakui ibunya terbuka dan menyambut baik usaha mengajak ibu mentua tinggal bersama.

“Cuma lucunya, apabila ibu dan ibu mentua bersembang masing-masing macam ayam dan itik. Seorang cakap Melayu, seorang lagi berbahasa Inggeris. Saya pun terhibur melihat gelagat mereka,” katanya. – MalaysiaGazette

Che Ta sambut usia 50 tahun di rumah baharu bernilai RM10 juta 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo