Artikel Terkini

Jawatan Naib Ketua Pemuda masih sengit

Jawatan Naib Ketua Pemuda masih sengit
Jawatan Naib Ketua Pemuda masih sengit 1

KUALA LUMPUR – Hanya jawatan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO sahaja yang belum boleh dimuktamadkan malam ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata, ini kerana terdapat lapan lagi bahagian yang belum menghantar keputusan dan persaingan merebut jawatan itu sengit.

“Jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO yang masih lagi boleh berubah kerana bezanya cuma lima undi dan ada lapan lagi bahagian yang belum menghantar undi mereka.

“Kita tidak tahu bagaimana lapan undi itu pergi kerana,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat UMNO, sebentar tadi.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO ditandingi Mohd Hariri Mad Shah dan Ikmal Hazlan Ikmal Hisham yang mana Mohd Hariri mendahului dengan 85 undi berbanding Ikmal Hazlan dengan 79 undi.

Shahrir berkata, keputusan bagi Ketua-ketua sayap juga sudah boleh disahkan secara rasmi apabila kesemua lapan bahagian tersebut diterima beliau malam ini.

Bagaimanapun menurut pungutan undi, Ketua Pergerakan Wanita sudah pasti dimenangi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dengan 108 undi, Ketua Pergerakan Pemuda dimenangi Dr Akmal Salleh yang mendapat 119 undi manakala Ketua Pergerakan Puteri dimenangi Datuk Nurul Aman Mohd Fauzi dengan 86 undi.

“Walaupun tinggal antara lapan bahagian yang belum lagi menghantar keputusan mereka, kedudukan calon-calon yang sudah pun mendapat tempat sebagai Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri boleh dikatakan secara tidak rasmi sudah pun mencapai kemenangan yang boleh saya kongsikan,” kata Shahrir.

Dalam pada itu, Jawatakuasa Pemilihan UMNO telah menerima satu aduan daripada bahagian Wanita Kuala Kedah.

Jelasnya, bantahan itu akan diteliti jawatankuasa dan pemilihan semula perlu dibuat sebelum 17 Mac ini.

See also  “Anak Lebih Percaya Orang Yang Baru Hidup Dengannya Dari Ibu Yang Melahirkan” – Ibu Syamsul Yusof

“Ada juga beberapa bantahan dan kita sedang teliti dan akan buat keputusan dalam masa terdekat.

“Sehingga hari Selasa kita tidak tahu berapa bantahan yang akan kita terima tapi bantahan yang diterima akan lihat dan siasat dan Isnin akan ditentukan tindakan selanjutnya,” katanya. – MalaysiaGazette

Jawatan Naib Ketua Pemuda masih sengit 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo