Artikel Terkini

Saman fitnah Azam Baki terhadap Lalitha C4 bermula 9 Julai ini

Saman fitnah Azam Baki terhadap Lalitha C4 bermula 9 Julai ini
Saman fitnah Azam Baki terhadap Lalitha C4 bermula 9 Julai ini 1

KUALA LUMPUR – Mahkamah Timggi, di sini, hari menetapkan perbicaraan selama empat hari bermula 9 Julai berhubung saman fitnah yang difailkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki terhadap Penyelidik Kanan Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), K Lalitha.

Hakim Mahkamah Tinggi, Akhtar Tahir menetapkan pengurusan kes itu pada 7 Jun ini bagi pemfailan dokumen-dokumen pra perbicaraan.

Ini merupakan tarikh baharu perbicaraan kerana sebelum ini mahkamah telah menetapkan antara 8 hingga 11 Januari 2024 untuk prosiding kes tersebut tahun lepas.

Azam menyaman Lalitha selepas wanita itu memfitnah berkaitan pembelian saham yang disiarkan portal agensi berita Independent News Service (INS).

Azam selaku plaintif mendakwa Lalitha mengarang dua artikel bertajuk “Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go?” (Bahagian 1) dan “Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go?” (Bahagian 2) yang pertama kali diterbitkan dalam INS pada 26 Oktober 2021.

Kedua-dua artikel diterbitkan semula pada 15 Disember dua tahun lalu.

Plaintif mendakwa tajuk artikel itu adalah sensasi, bersifat skandal dan menjengkelkan kerana ia dikarang dan diterbitkan semula dengan niat jahat bagi memberi kesan serta gambaran yang amat buruk kepada pembaca tentang beliau.

Kata Azam, beliau sebagai seorang penjawat awam yang korup atau menyalahgunakan kedudukannya sebagai seorang pegawai tinggi SPRM untuk kepentingan sendiri atau adik-beradiknya.

Azam menuntut ganti rugi am sebanyak RM10 juta dan ganti rugi teruk, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Bagaimanapun difahamkan Lalitha dalam pernyataan pembelaannya difailkan sebelum ini mendakwa kandungan artikel dan ciapannya membabitkan Azam diperoleh daripada sumber yang sah. – MalaysiaGazette

See also  Poster Think Quran

Saman fitnah Azam Baki terhadap Lalitha C4 bermula 9 Julai ini 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo