Artikel Terkini

Dedah salah laku kerajaan demi kepentingan awam, bukan politik

Dedah salah laku kerajaan demi kepentingan awam, bukan politik
Dedah salah laku kerajaan demi kepentingan awam, bukan politik 1

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mengingatkan pembangkang agar hanya mendedahkan salah laku kerajaan demi kepentingan awam dan bukan bermotifkan politik.

“Saya pernah berada di tempat mereka dan apabila saya memutuskan untuk mendedahkan apa-apa skandal kepada umum, ia biasanya dibuat dengan niat untuk menjimatkan dana awam… sebaiknya gunakan dokumen yang sudah tersedia umum.

“Hanya ada satu ketika saya menggunakan dokumen OSA (Akta Rahsia Rasmi 1972) untuk skandal 1MDB (1Malaysia Development Berhad)… dan saya berbuat demikian untuk mendapatkan maklum balas.

“Jika pembangkang mendedahkan salah laku kerajaan, mereka perlu mempertimbang sama ada mereka sanggup mengambil risiko atau tidak.

“Saya tidak begitu bimbang kerana saya meragui bahawa ada ahli politik yang sanggup mengambil risiko untuk ke penjara seperti saya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Majlis Banci Ekonomi 2023 di sini hari ini.

Timbalan Presiden PKR itu diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mendakwa memiliki fail yang boleh mengaitkan beberapa pemimpin kerajaan dengan salah laku (semasa menjadi Menteri Dalam Negeri) namun beliau masih memikirkan sama ada mahu menggunakannya atau tidak.

Rafizi juga berkata berdasarkan pengalaman peribadi, jika ada skandal besar membabitkan sesiapa sahaja, kesemua maklumat dan dokumen terbabit pasti sudah lama didedahkan.

“Besar kemungkinan media sudah dapat. Kami hidup dalam era di mana perkara seperti ini tidak boleh disembunyikan, jadi saya melihatnya sebagai retorik semata-mata,” katanya. – BERNAMA

Dedah salah laku kerajaan demi kepentingan awam, bukan politik 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo