Artikel Terkini

Proses tender, perolehan projek perlu dibuat berdasarkan keupayaan syarikat – PM

Proses tender, perolehan projek perlu dibuat berdasarkan keupayaan syarikat – PM
Proses tender, perolehan projek perlu dibuat berdasarkan keupayaan syarikat - PM 1

PETALING JAYA – Proses tender bagi projek besar perlu diberikan berdasarkan rekod prestasi dan keupayaan kewangan sesebuah syarikat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, proses itu adalah penting yang mana ia selari dengan prinsip panduan negara dalam pemberian tender.

“Dalam mesyuarat hari ini dengan jawatankuasa tender yang membuat keputusan mengenai projek-projek besar, saya memberitahu mereka bahawa nama syarikat itu tidak perlu diketahui.

“Kita hanya (menamakan) syarikat A, B, C dan keputusan harus dibuat berdasarkan keupayaan, rekod prestasi dan keupayaan kewangan,” katanya pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-50 Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) di Hotel One World, di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan seperti JanaWibawa, ia perlu diberikan kepada syarikat Bumiputera melalui proses terpilih, tetapi ia perlu telus.

Katanya, pemberian ganjaran tender yang telus adalah penting untuk memerangi rasuah di negara ini yang disifatkan sebagai endemik.

“Rasuah adalah endemik jika tidak sistematik di negara ini. Perlu keberanian dan iltizam untuk berubah,” ujarnya.

Tambahnya, antara masalah utama yang melanda sektor perumahan juga boleh diselesaikan dengan mempercepat memudahkan proses.

Beliau berkata, masih ada ruang yang besar untuk penambahbaikan selain menyegerakan kadar kelulusan yang diperlukan pemaju.

“Saya berusaha keras untuk mempercepatkan proses kerana perumahan awam adalah masalah utama. Terlalu ramai rakyat kita tidak mempunyai kemampuan atau dana untuk memiliki atau menyewa rumah yang selesa.

“Jadi, kita sudah berbincang dengan semua menteri besar supaya majlis perbandaran di negeri-negeri dapat memudahkan dan mempercepatkan proses,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE


Proses tender, perolehan projek perlu dibuat berdasarkan keupayaan syarikat - PM 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp

See also  Berkonsepkan Tradisi Melayu, Rasai Pengalaman Suasana Kampung Di Restoran White N Black Kampong Heritage, Kuala Lumpur
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo