KUALA LUMPUR – Saluran televisyen (TV) termasuk saluran dalam talian perlu bergerak mengikuti perkembangan teknologi komunikasi terkini bukan berada dalam kepompong sama.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, saluran televisyen perlu menggunakan semua kemudahan dalam teknologi baharu dan bukan sahaja dalam aspek isi kandungan sahaja.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, saluran televisiyen perlu menggunakan semua kemudahan dalam teknologi baharu dan bukan sahaja dalam aspek isi kandungan.
“Saluran TV konvensional penting kerana khalayak telah mula memilih untuk terus mengikuti dan menonton isi kandungan serta persembahan dalam TV atas talian.
“Ini (saluran internet) tidak dapat dielakkan kerana ianya merupakan satu gelombang untuk dua atau tiga dekad akan datang kita akan melihat perubahan lain, justeru kita tidak harus berada dalam kepompong yang jumud,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah selepas merasmikan NRChannelTV di Kompleks Udarama di sini malam ini.
Turut hadir pengasas saluran TV itu, Datuk Rafi Awang Kechik.
Dalam masa sama, Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada kepada NRChannelTV sempena dengan perasmian studio baharu mereka.
“Dunia tanpa sempadan, langit terbuka dan menempuh global, terbukti sebagai satu realiti baharu dalam dunia komunikasi,” katanya.
Tambah beliau, NRChannelTV tidak tertinggal di dalam mengikuti perkembangan teknologi dan juga gelombang baharu ini.
Beliau berharap jumlah penonton bertambah kerana kontennya berbeza berbanding saluran TV lain.
Ujar Zahid, beliau akan terus memberikan sokongan dan dorongan secara peribadi dan rasmi kepada NRChannelTV.-MalaysiaGazette
kontraktor rumah bina rumah pinjaman lppsa pengeluaran kwsp spesifikasi rumah
rumah batu-bata pelan rumah rekabentuk rumah bina rumah atas tanah sendiri kontraktor rumah selangor rumah bangloSource
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo