Artikel Terkini

4 bahagian Pemuda Umno dipercayai dilarang undi jawatan tertinggi

4 bahagian Pemuda Umno dipercayai dilarang undi jawatan tertinggi
4 bahagian Pemuda Umno dipercayai dilarang undi jawatan tertinggi 1

Maklumat itu disiarkan Facebook Rafi Awg Kechik, salah seorang calon ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno.

4 bahagian Pemuda Umno dipercayai dilarang undi jawatan tertinggi
Ahli Umno akan memilih tiga naib presiden dan 25 ahli Majlis Kerja Tertinggi parti.

PETALING JAYA: Empat bahagian Pemuda Umno dipercayai tidak dibenarkan mengundi dalam pemilihan parti itu hari ini.

Menurut dua surat yang dimuat naik seorang calon ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), empat bahagian terlibat adalah Ampang, Wangsa Maju, Jempol dan Titiwangsa.

FMT cuba mendapatkan komen sayap Pemuda Umno, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dan Ketua Penerangannya, Isham Jalil.

Surat itu yang disiarkan di Facebook Rafi Awg Kechik berkata, Pemuda Umno Bahagian Ampang dan Wangsa Maju tidak dibenarkan menghadiri pemilihan pada Sabtu.

Seramai 10 wakil Pemuda Umno dari setiap bahagian itu juga tidak dibenarkan menghadiri pemilihan itu, selepas Jawatankuasa Rayuan Pemilihan Umno menerima bantahan dan aduan berhubung mesyuarat perwakilan bahagian itu.

Dalam satu lagi surat berasingan, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Shahrir Samad berkata, Pemuda Umno Bahagian Jempol perlu mengadakan mesyuarat semula kerana berlaku kesalahan dalam proses pemilihan.

Ia juga perlu memilih semula 10 wakil Pemuda.

Perkara sama juga dikenakan terhadap Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa.

Pemilihan Umno hari ini akan memilih tiga naib presiden dan 25 ahli MKT Umno.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya Mohamad Hasan kekal selepas Perhimpunan Agung Umno sebelum ini meluluskan usul supaya dua jawatan tersebut tidak dipertandingkan.

4 bahagian Pemuda Umno dipercayai dilarang undi jawatan tertinggi 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

See also  PRN: PKR perlu menang di Ampangan, tewaskan pengkhianat