Artikel Terkini

Budak cedera parah, tiga beranak terbabas masuk longkang

Budak cedera parah, tiga beranak terbabas masuk longkang
Budak cedera parah, tiga beranak terbabas masuk longkang 1

SUNGAI BULOH – Seorang kanak-kanak perempuan cedera parah di kepala selepas kereta dipandu bapanya terbabas dalam longkang dalam kemalangan di Jalan Liter D U19/D, Bandar Baru Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.36 petang tadi.

Katanya, seramai lima anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta jenis Proton Wira telah terbabas ke dalam longkang.

“Kemalangan tersebut melibatkan pasangan suami isteri tempatan berusia lingkungan 30-an dan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Morni, kanak-kanak tersebut mengalami cedera parah di bahagian kepala, manakala pasangan tersebut hanya cedera ringan.

Jelasnya, mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut. -KOSMO! ONLINE


Budak cedera parah, tiga beranak terbabas masuk longkang 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

See also  S P Setia jual tanah RM392 juta di Semenyih