Artikel Terkini

4,363 tapak 5G telah dibangunkan

4,363 tapak 5G telah dibangunkan
4,363 tapak 5G telah dibangunkan 1

KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,363 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara sehingga Februari lalu, kata Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, dengan jumlah tersebut, ketersediaan rangkaian 5G telah mencapai 54.7 peratus populasi di dalam kawasan berpenduduk dengan sasaran 80 peratus di kawasan berpenduduk menjelang akhir tahun ini.

Menurutnya, menerusi capaian internet yang telah mencecah 97 peratus untuk kawasan berpenduduk, kerajaan akan meneruskan usaha memastikan kualiti perkhidmatan internet akan disediakan dengan melihat isu seperti kelopongan liputan (potholes) bagi menambah baik Standard Kualiti dan Kualiti Pengalaman (QoS dan QoE) seperti di lebuh raya dalam bangunan dan di stadium.

“Sementara itu, liputan baki tiga peratus kawasan berpenduduk akan menjadi fokus utama bagi JENDELA Fasa 2 (2023-2025) termasuk ketersediaan sambungan gentian optik kepada sembilan juta premis di seluruh negara dapat dicapai pada penghujung tahun 2025.

“Segala usaha memperkasakan kesalinghubungan dalam negara juga akan melibatkan penggunaan teknologi digital masa depan bagi memastikan rakyat dapat terus menikmati gaya hidup digital dalam memudahkan urusan seharian mereka secara atas talian.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) atas usaha dan komitmen yang berterusan dalam aspek pemantauan pelaksanaan JENDELA dan menyelesaikan isu-isu di peringkat negeri,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi menyeru kepada semua pihak berkepentingan terutamanya Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan agar memberikan komitmen berterusan bagi memudahcara penyediaan infrastruktur digital.

“Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, Kerajaan akan terus menyokong segala usaha memperkasakan kesalinghubungan dan infrastruktur digital serta supaya rakyat dapat menikmati kemudahan Internet berkualiti dan pada masa sama merealisasikan Dekad KeemasancEkonomi Digital,” katanya. – MalaysiaGazette

See also  Piala Asia: Iran calar 'ego' Jepun

4,363 tapak 5G telah dibangunkan 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo