Artikel Terkini

Bank pusat dunia campur tangan elak bank terus tumbang

Bank pusat dunia campur tangan elak bank terus tumbang
Bank pusat dunia campur tangan elak bank terus tumbang 1

LONDON – Bank-bank pusat segera campur tangan untuk mengekalkan aliran tunai selepas kegagalan dua bank Amerika Syarikat (AS) dan usaha penyelamatan Credit Suisse mencetuskan gelombang kejutan merentasi pasaran global, lapor Perbadanan Penyiaran Britain(BBC) semalam.

Enam bank pusat termasuk Bank of England mengumumkan akan meningkatkan aliran mata wang dolar AS mulai semalam dengan langkah sedemikian kali terakhir diambil semasa krisis kewangan pada 2008 dan semasa kemuncak pandemik Covid-19.

Perkembangan itu berlaku selepas Credit Suisse diambil alih oleh bank pelaburan UBS yang berpangkalan di Switzerland dalam perjanjian penyelamatan  yang disokong oleh kerajaan.

Sementara itu, pasaran saham antarabangsan menjunam sejak Silicon Valley Bank (SVB) dan Signature Bank runtuh di AS baru-baru ini. Ia berikutan kebimbangan nasib  sama akan menimpa bank-bank lain.

Dalam satu kenyataan Bank of England, Bank of Japan, Bank of Canada, Bank Pusat Eropah, Rizab Persekutuan AS dan Bank Negara Switzerland menyatakan bahawa pihak masing-masing melancarkan tindakan yang diselaraskan untuk menjamin  aliran kredit.

Bank-bank pusat berkata,  langkah itu  untuk mengurangkan tekanan dalam pasaran pembiayaan global dan mengurangkan impak bekalan kredit kepada isi rumah dan perniagaan.

Daripada meminjam di pasaran terbuka, bank-bank Britain kini boleh  mengemukakan permohonan pinjaman  kepada bank England yang akan meminjam daripada Rizab Persekutuan AS.

Ia akan berfungsi dengan cara yang sama untuk bank-bank di zon mata wang euro, Kanada, Jepun, Switzerland dan AS manakala bank-bank akan dapat mengakses pembiayaan itu pada setiap hari.

Saham perbankan global merosot berikutan kegagalan SVB walaupun ada  Presiden Joe Biden memberi jaminan bahawa AS akan melakukan apa sahaja perlu untuk melindungi sistem perbankan. – Agensi 

See also  Cari Pengganti Perkara Terakhir Dalam Fikiran


Bank pusat dunia campur tangan elak bank terus tumbang 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo