Artikel Terkini

Majikan, pekerja perlu sedia hadapi perubahan di tempat kerja

Majikan, pekerja perlu sedia hadapi perubahan di tempat kerja
Majikan, pekerja perlu sedia hadapi perubahan di tempat kerja 1

KUALA LUMPUR – Majikan dan pekerja perlu membuat persediaan secukupnya dari sudut keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) bagi menghadapi perubahan yang akan berlaku di tempat kerja akibat pengaruh beberapa trend mega (megatrends) dalam tempoh terdekat.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, pekerjaan di masa hadapan akan lebih terfokus pada teknologi yang berkemungkinan akan mengambil alih fungsi manusia serta memberi kesan bukan sahaja dari aspek fizikal, tetapi juga mental.

“Para pakar berpendapat antara trend mega utama ini adalah perubahan iklim, revolusi teknologi, perubahan demografi akibat penuaan global, proses urbanisasi, ketidakstabilan geopolitik serta peningkatan kesedaran mengenai kesihatan mental, hak asasi manusia dan alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis pra-pelancaran Persidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2023 (COSH 2023) dan Persidangan Saintifik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2023 (SCICOSH 2023) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KL Convex) hari ini.

DSC7036 1024x577
Sivakumar menyerahkan geran penyelidikan kepada wakil UiTM Dr Ismaniza Ismail. Dari kiri Setiausaha Eksekutif NIOSH Mej (B) Hanif Maidin, Pengarah Eksekutif NIOSH Ayop Salleh, Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) PERKESO John Riba Marin dan Ketua Pegawai Eksekutif NIOSH Certification Syamsul Zaharin Zainuddin.

Anjuran Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), program COSH 2023 dan SciCOSH 2023 akan diadakan secara serentak di KL Convex pada 1 dan 2 November 2023.

Bagi membantu majikan berhadapan dengan cabaran-cabaran baharu ini, Sivakumar berkata Kementerian Sumber Manusia menerusi agensi-agensinya termasuk NIOSH telah memperkenalkan beberapa inisiatif termasuk program intervensi untuk menangani perubahan cara kerja termasuk isu kesihatan mental di tempat kerja di bawah program yang dikenali sebagai Employee Assistance Program (EAP).

Menurut beliau, program EAP dapat membantu majikan mengenalpasti risiko psikososial di tempat kerja, seperti mana diperuntukan di bawah Seksyen 4 (c) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994, agar mereka boleh menyediakan pelan intervensi bagi menangani masalah tersebut di peringkat awal.

See also  Ayah kahwin sembunyi, anak jadi mangsa nikah abang kandung

Beliau turut berkata, penganjuran COSH 2023 dan SciCOSH 2033 dengan tema “The Future of Work” atau “Masa Depan Kerja” amat bertepatan kerana negara sedang berhadapan dengan perubahan trend “kerja” (work) dan “pekerjaan” (jobs) ke arah ekonomi digital dan automasi.

“Perkongsian maklumat oleh pakar-pakar KKP dan pameran teknologi yang dilaksanakan di program COSH 2023 dan SciCOSH 2023 nanti akan memberi peluang kepada para peserta dan pengunjung untuk memahami cabaran KKP yang bakal dihadapi serta penyelesaian terbaik yang boleh dilaksanakan.

“Inisiatif sedemikian juga selaras dengan usaha kerajaan untuk memperkasa tenaga kerja negara bertepatan dengan keenam-enam ciri Malaysia MADANI iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Eksekutif NIOSH Ayop Salleh dalam ucapannya berkata, penganjuran COSH 2023 dan SciCOSH 2023 menyediakan pentas yang lebih besar untuk para peserta dan pengunjung bertemu serta bertukar-tukar fikiran selain memberi peluang kepada agensi dan syarikat  menyertai sesi business matching yang disediakan di ruangan khas pameran.

Beliau berkata, cabaran baharu bukan sahaja melibatkan aspek fizikal KKP tetapi turut melibatkan bahan kimia, biologi, ergonomik dan sikososial seperti stress dan kemurungan yang semakin meningkat dalam persekitaran kerja yang berbeza.

Pada majlis tersebut, Sivakumar turut menyerahkan geran penyelidikan NIOSH bernilai RM 425,388 kepada lima institusi pengajian tinggi dan agensi berkaitan sera berkaitan bagi menjalankan penyelidikan di dalam pelbagai bidang KKP.

Beliau turut nenyerahkan sijil International Organization for Standardization (ISO) kepada enam agensi dan syarikat yang telah berjaya mendapatkan pensijilan ISO menerusi anak syarikat NIOSH iaitu, NIOSH Certification. – MalaysiaGazette

Majikan, pekerja perlu sedia hadapi perubahan di tempat kerja 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa

See also  Belanda, Australia lebur rekod dunia di Velodrom
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo