Artikel Terkini

Mahkamah tetapkan 5 Apr untuk keputusan permohonan laporan forensik Whatsapp Guan Eng

Mahkamah tetapkan 5 Apr untuk keputusan permohonan laporan forensik Whatsapp Guan Eng
Mahkamah tetapkan 5 Apr untuk keputusan permohonan laporan forensik Whatsapp Guan Eng 1

Gobind Singh Deo berkata perbualan antara dua saksi pendakwaan adalah penting bagi pembelaan Lim terhadap tuduhan rasuah.

Mahkamah tetapkan 5 Apr untuk keputusan permohonan laporan forensik Whatsapp Guan Eng
Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dituduh menerima rasuah dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen yang mendengar perbicaraan kes rasuah terowong bawah laut Lim Guan Eng menetapkan 5 April sebagai tarikh keputusan sama ada bekas ketua menteri Pulau Pinang itu boleh mendapatkan laporan forensik perbualan WhatsApp antara dua saksi utama pendakwaan.

Peguam Lim, berkata perbualan antara Zarul Ahmad Zulkifli dan ahli perniagaan G Gnanaraja adalah perlu bagi pembelaannya.

Laporan forensik perbualan Whatsapp antara kedua-dua mereka dikemukakan sebagai bukti dalam kes jenayah berasingan di Mahkamah Sesyen Shah Alam yang menyaksikan Gnanaraja didakwa kerana menipu Zarul sebanyak RM19 juta.

Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada peguam Lim Gobind Singh Deo dan pihak pendakwaan.

“Saya memerlukan sedikit masa untuk meneliti (penghujahan),” katanya.

Pihak pembelaan berhujah bahawa perbualan itu relevan kerana Zarul sedang memberi keterangan untuk pendakwaan, dan Gnanaraja juga dijangka dipanggil sebagai saksi dalam kes itu.

Awal hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan sudah memiliki laporan itu, dan permohonan laporan forensik itu tidak lebih daripada “memancing maklumat”.

“Mereka boleh bertanya tentang kandungan (perbualan WhatsApp) apabila Zarul kembali ke mahkamah,” kata Akram.

“Kami akan memanggil Gnanaraja sebagai saksi kami,” tambahnya.

Hentikan serangan peribadi, Akram memberitahu Gobind

Akram turut merayu kepada Gobind untuk menghentikan serangan peribadi terhadap pasukan pendakwaan.

“Banyak kali beliau menyerang kami secara peribadi. Kami hanya menjalankan tugas kami sebagai pegawai mahkamah.

“Biarlah kami menjalankan kes berdasarkan fakta dan bukti di mahkamah,” katanya sambil menambah bahawa anggota pasukan pendakwaan tidak mempunyai kepentingan peribadi terhadap kes Lim.

See also  Majlis Tertinggi Bersatu putuskan sama ada saya kekal presiden, kata Muhyiddin

Pendakwaan membuatkan saksi ‘berbohong’ dalam perbicaraan Lim, kata Gobind

Sementara itu, Gobind mendakwa bahawa perbualan Whatsapp antara Gnanaraja dan Zarul adalah penting untuk pembelaan, sambil menambah bahawa perbualan itu akan menunjukkan Lim tidak pernah diberi RM2 juta seperti yang didakwa.

Beliau menyifatkan keengganan pihak pendakwaan untuk mendedahkan perbualan itu sebagai seolah-olah menyembunyikan bukti.

“Dua saksi (Azli Adam dan Ibrahim Sahari) telah memberi keterangan dalam kes Gnanaraja di mana mereka berkata RM2 juta telah diberikan kepada Gnanaraja,” katanya.

“Pihak pendakwaan telah mendiamkan diri dan menyembunyikan perbualan daripada mahkamah hari ini,” dakwanya.

“Adakah mereka mengelirukan mahkamah?” tanya Gobind.

Gobind juga menuduh pihak pendakwaan memaksa saksi untuk berbohong pada perbicaraan Lim dalam percubaan untuk mencipta cerita berbeza.

“Adalah amat memalukan mendapatkan saksi untuk berbohong,” kata Gobind.

Lim sedang dibicarakan kerana menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang ketika itu untuk meminta Zarul memotong 10% keuntungan daripada projek jalan raya dan terowong itu.

Bekas menteri kewangan itu juga didakwa meminta sogokan RM3.3 juta untuk melantik syarikat Zarul untuk menjalankan projek itu.

Dia juga menghadapi dua pertuduhan menyeleweng sebanyak RM208.7 juta nilai tanah negeri yang diberikan kepada dua syarikat secara tidak jujur.

Mahkamah tetapkan 5 Apr untuk keputusan permohonan laporan forensik Whatsapp Guan Eng 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

See also  Aidit Noh & Isteri Diuji Dengan Sihir Pemisah, Kini Pulih Sepenuhnya – “Kami Takut Berdendam Dengan Pelakunya”