Artikel Terkini

10 Negara Terbaik Tawarkan Polisi Cuti Isteri Bersalin Kepada Suami, Ada Dapat Cuti Sebulan!

10 Negara Terbaik Tawarkan Polisi Cuti Isteri Bersalin Kepada Suami, Ada Dapat Cuti Sebulan!
10 Negara Terbaik Tawarkan Polisi Cuti Isteri Bersalin Kepada Suami, Ada Dapat Cuti Sebulan! 1

Dalam tempoh beberapa hari lalu terdapat sebilangan warganet asyik membincangkan tentang perihal atau isu cuti bersalin sama ada untuk isteri atau suami. Terdapat beberapa perkara yang pro can kontra cukup hangat diperbincangkan.

Untuk paternity leave atau cuti isteri bersalin rata-rata syarikat di Malaysia memberikan cuti sebanyak tiga hari. Tapi bagaimana pula dengan negara-negara lain?

Kali ini MASKULIN ingin kongsi 10 buah negara yang dipercayai menawarkan polisi cuti isteri bersalin terbaik di dunia.

LITHUANIA

Negara Eropah yang saiznya tidaklah terlalu besar ini menawarkan cuti isteri bersalin selama 30 hari. Dan ia merupakan cuti berbayar dengan kadar 77.58% daripada pendapatan asal.

Mereka juga menawarkan cuti tambahan bersama sehingga 36 bulan yang boleh diambil secara berturutan atau secara berperingkat. Manfaat membesarkan anak ini juga menawarkan gaji penuh untuk tahun pertama dan 70% gaji untuk baki dua tahun yang dibayar melalui keselamatan sosial.

JEPUN

Negara Jepun pula memperkenalkan polisi cuti isteri bersalin selama setahun penuh eksklusif untuk bapa. Cuti ini boleh diambil secara berasingan dan berbeza dengan cuti isteri. Kadar bayaran gaji pula kadar 67% dari gaji asal (selama 180 hari). Manakala selebihnya dibayar 50% dari gaji asal. Bayaran ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan mereka.

10 Negara Terbaik Tawarkan Polisi Cuti Isteri Bersalin Kepada Suami, Ada Dapat Cuti Sebulan!
Image by user18526052 on Freepik

SWEDEN

Di negara Sweden pula setiap pasangan diberikan cuti bersama atau dikongsi selama 480 hari. Ia boleh diambil secara bersama serentak atau secara berasingan.

Dalam tradisi masyarakat Sweden setiap ibu bapa digalakkan untuk membahagikan cuti di antara pasangan. Parental leave atau cuti ibu bapa ini menyaksikan mereka dibayar 80% dari gaji biasa.

ESTONIA

Sebuah lagi negara Eropah yang cukup cakna akan kebajikan ibu bapa. Mereka memberikan cuti isteri bersalin kepada suami atau bapa selama dua minggu tanpa sebarang potongan gaji. Manakala cuti tambahan yang dikongsi bersama pasangan pula sebanyak 435 hari.

ICELAND

Pada tahun 2021, Iceland memanjangkan tempoh cuti berslin dan cuti isteri bersalin menjadikan jumlah sebanyak 12 bulan. Ia boleh dibahagikan sama rata di antara suami dan isteri dengan setiap seorang mendapat enam bulan cuti.

Walau bagaimanapun setiap pasangan dibenarkan untuk memindahkan jumlah cuti kepada pasangan masing-masing. Kadar gaji pula dibayar pada 80% daripada gaji tahunan.

10 Negara Terbaik Tawarkan Polisi Cuti Isteri Bersalin Kepada Suami, Ada Dapat Cuti Sebulan!
Image by bristekjegor on Freepik

SLOVENIA

Kaum bapa di negara Slovenia diberikan cuti isteri bersalin selama 12 minggu dengan kadar bayaran gaji yang kadar berbeza. Dua minggu pertama mereka dibayar dengan gaji penuh manakala baki 10 minggu seterusnya dibayar mengikut kadar gaji minimum mereka.

NORWAY

Sebuah lagi negara Nordic yang cukup mengambil berat kepada golongan bapa. Norway membenarkan suami atau bapa untuk cuti isteri bersalin berbayar sepenuhnya selama 15 minggu atau 19 minggu dengan gaji sebanyak 80% dari gaji asal menerusi sistem keselamatan sosial.

KANADA

Kanada memperbaharui kadar cuti isteri bersalin pada tahun 2019. Menerusi kadar baharu golongan bapa atau suami diberi curi selama lima minggu dengan bayaran gaji sebanyak 55% dari gaji tahunan.

PERANCIS

Terbaru, Perancis telah menggandakan cuti isteri bersalin dari dua minggu kepada empat minggu. Pihak majikan bertanggungjawab memberi gaji penuh untuk tiga hari cuti pertama. Manakala baki 25 hari ia dibayar mengikut sistem keselamatan sosial.

Cuti tambahan sebanyak tujuh hari pula diberikan kepada kelahiran melebihi satu.

PORTUGAL

Cuti sebanyak 20 hari diberikan kepada suami dengan pilihan tambahan sebanyak lima hari. Gaji dibayar sepenuhnya kepada mereka menerusi sistem keselamatan sosial.

Sumber: Safeguard Global

10 Negara Terbaik Tawarkan Polisi Cuti Isteri Bersalin Kepada Suami, Ada Dapat Cuti Sebulan! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list