Artikel Terkini

2 lagi kluster baharu babit institusi pendidikan di Sabah

2 lagi kluster baharu babit institusi pendidikan di Sabah
2 lagi kluster baharu babit institusi pendidikan di Sabah 1

KOTA KINABALU, 14 Rejab 1443H, Rabu – Dua lagi kluster baharu yang membabitkan institusi pendidikan direkodkan di Sabah hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata, kedua-dua kluster berkenaan adalah Kluster Jalan Sokid di Ranau dan Kluster Jalan Bandau di Kota Marudu.

“Kluster Jalan Sokid dilaporkan berlaku dalam kalangan warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bundu Tuhan pada 4 Februari lepas. Kes indeks adalah seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun iaitu pekerja kontrak pembersihan di sekolah terbabit.

“Daripada 41 kontak rapat yang disaring, 27 individu terdiri daripada rakan sebilik dan rakan sekelas didapati positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif 28 kes termasuk 17 kes baharu hari ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Masidi, yang juga jurucakap COVID-19 Sabah, berkata, Kluster Jalan Bandau pula melibatkan pelajar asrama di SMK Kota Marudu 1 dan kes indeks adalah pelajar lelaki berusia 18 tahun yang dikesan melalui saringan bergejala pada 9 Feb.

“Saringan terhadap 175 kontak rapat yang terdiri daripada rakan sebilik dan rakan sekelas kemudiannya mendapati pertambahan 95 kes dengan jumlah kumulatif 96 kes,” katanya.

Pada masa sama, Masidi berkata, Sabah mencatatkan jangkitan baharu yang tertinggi hari ini melepasi paras angka 5,000 dengan 5,082 kes.

“Jumlah peningkatan berbanding semalam ialah 708 kes. Kota Kinabalu mencatatkan kes baharu yang tertinggi di Sabah dengan 1,086 kes. Hampir 60 peratus daripada kes-kes yang berlaku di Kota Kinabalu merupakan kes bergejala yang berpunca daripada jangkitan sporadik.

“Apa yang membimbangkan ialah jangkitan secara sporadik sudah menjadi satu trend di hampir semua daerah di Sabah dan hari ini 59.60 peratus atau 3,029 daripada 5,082 kes adalah dalam kategori ini. Statistik tinggi jangkitan secara sporadik bermakna jumlah kes baharu akan berganda dengan lebih cepat,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

2 lagi kluster baharu babit institusi pendidikan di Sabah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list