Artikel Terkini

22,802 kes direkodkan hari ini, kes kumulatif kini lebihi tiga juta

22,802 kes direkodkan hari ini, kes kumulatif kini lebihi tiga juta
22,802 kes direkodkan hari ini, kes kumulatif kini lebihi tiga juta 1

Kes baharu COVID-19 kekal trend meningkat dengan 22,802 kes direkodkan hari ini, sekali gus menjadikan kes kumulatif melebihi tiga juta iaitu 3,019,163.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di media sosial hari ini memaklumkan daripada jumlah itu, 99.54 peratus atau 22,698 kes adalah dalam kategori satu dan dua manakala baki 104 kes atau 0.46 peratus, berada dalam kategori tiga, empat dan lima.

“Kategori satu adalah sebanyak 5,029 kes atau 22.05 peratus; kategori dua 17,669 kes (77.49 kes); kategori tiga, 82 kes (0.36 peratus); kategori empat, 14 kes (0.06 peratus) dan kategori lima, lapan kes (0.04 peratus),” katanya.

Kategori satu dan dua merujuk kepada pesakit yang tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan, kategori tiga  melibatkan jangkitan paru-paru, kategori empat membabitkan jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen, manakala kategori lima adalah kritikal, organ rosak serta memerlukan bantuan ventilator.

Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam kenyataan harian mengenai perkembangan COVID-19 memaklumkan daripada 22,802 kes baharu hari ini, 94 adalah kes import dan 22,708 kes tempatan manakala 176 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 98 memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata sebanyak 5,442 kes sembuh direkodkan menjadikan kumulatif pesakit pulih setakat ini ialah 2,846,713.

Sumber: Bernama


22,802 kes direkodkan hari ini, kes kumulatif kini lebihi tiga juta 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list