Artikel Terkini

9 tahun hilang, keluarga mangsa MH370 mahu pencarian diteruskan

9 tahun hilang, keluarga mangsa MH370 mahu pencarian diteruskan
9 tahun hilang, keluarga mangsa MH370 mahu pencarian diteruskan 1

PETALING JAYA – Biarpun insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sudah sembilan tahun sudah berlalu, keluarga mangsa masih menaruh harapan agar usaha pencarian dapat diteruskan.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan wakil keluarga mangsa Kumpulan Voice370, mereka meminta agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat memberi sokongan kepada keluarga mangsa dengan menerima cadangan yang diutarakan oleh firma peneroma dasar laut, Ocean Infinity.

“Kami tetap gembira dan usaha yang dilakukan oleh saintis, ahli teknologi, penyiasat, wartawan, media dan rakyat di seluruh dunia yang terus kekal terlibat serta memberikan pandangan untuk terus membantu mengekalkan usaha mencari MH370.

“Adalah menjadi harapan kami bahawa 2023 akan membawa kepada pencarian yang menandakan permulaan dan berakhirnya pencarian kehilangan MH370,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Kata kenyataan itu juga, pihak keluarga mangsa sangat mengalu-alukan usaha yang dilakukan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke Siew Fook atas sokongan berterusan dan keterbukaan beliau terhadap pencarian yang diperbaharui itu.

Baru-baru ini media melaporkan, Anthony Loke menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali menghentikan usaha mencari atau siasatan berhubung tragedi yang menimpa pesawat MH370.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia tidak pernah melupakan tragedi berkenaan dan akan menyambung semula operasi pencarian bagi mengesan lokasi terakhirnya jika terdapat maklumat baharu yang boleh dipercayai.

Voice370 turut memberitahu, biarpun keluarga penumpang serta anak kapal berjaya membina kehidupan semula namun keselamatan penerbangan ketika ini masih menjadi isu besar global.

“Selagi kita masih dalam kegelapan mengenai apa yang berlaku kepada MH370, kita tidak dapat mengelakkan tragedi yang sama berulang kembali.

“Sehubungan itu, kami percaya bahawa pencarian MH370 adalah perkara yang perlu dilakukan sehingga selesai,” ujarnya.

See also  Konflik Palestin-Israel: Hamas lancar serang hendap

Pada 8 Mac 2014, pesawat Boeing 777 yang membawa seramai 239 penumpang termasuk anak kapal itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing namun hilang daripada skrin radar dua jam selepas penerbangan.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat digerakkan secara besar-besaran oleh beberapa negara di kawasan berkeluasan jutaan kilometer persegi di selatan Lautan Hindi namun bangkai atau pesawat berkenaan gagal ditemui sehingga kini. – KOSMO! ONLINE


9 tahun hilang, keluarga mangsa MH370 mahu pencarian diteruskan 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo