Artikel Terkini

Acara FIESTA HOMEBAKERS USHA-USHA BISKUT RAYA Saksikan Biskut Raya Gergasi Cornflakes 15KG!

Acara FIESTA HOMEBAKERS USHA-USHA BISKUT RAYA Saksikan Biskut Raya Gergasi Cornflakes 15KG!
Acara FIESTA HOMEBAKERS USHA-USHA BISKUT RAYA Saksikan Biskut Raya Gergasi Cornflakes 15KG! 1

Acara Fiesta Homebakers Usha-Usha Biskut Raya anjuran Mingguan Wanita bersama penaja utama Central Sugars Refinery Sdn. Bhd (Gula CSR) serta penaja bersama marjerin Adela dan rakan kerjasama lain Fruttose, Ever Miracle Solutions (barangan Tupperware Brand, Cadbury dan penaja belon dekorasi, Omeiluth Party Expert berlangsung penuh meriah di Setia City Mall, pada Ahad lalu.  

Biarpun hanya sehari sahaja, namun fiesta yang  dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajjah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)  hadir bersama CEO NU Ideaktif, Syamil Fahim dan CFO Gula CSR iaitu Mohd Azahar Mohd Salleh bersama isteri memberi kenangan manis buat semua peserta. 

Menghimpunkan 40 vendor usahawan biskut raya dengan hampir 10 ribu kupon sampel biskut raya diberikan secara percuma kepada pengunjung, dalam ucapan  perasmian YB Hajjah Aiman Athirah berkata, usaha dilakukan Mingguan Wanita ini sangat disokong kerana membantu  golongan wanita menerusi kempen Bangkit Wanita.

Acara FIESTA HOMEBAKERS USHA-USHA BISKUT RAYA Saksikan Biskut Raya Gergasi Cornflakes 15KG!

Acara FIESTA HOMEBAKERS USHA-USHA BISKUT RAYA Saksikan Biskut Raya Gergasi Cornflakes 15KG!

“Golongan B40 dan M40 antara yang terkesan dengan pandemik sebelum ini. Jadi usaha menghimpunkan golongan wanita dalam fiesta begini dengan bermula dari rumah menghasilkan biskut, ternyata ia satu usaha sangat baik kerana ia selari dengan usaha KPWKM yang turut mempunyai kempen Wanita Bangkit.

“Negara kita menyediakan banyak dana dalam membantu golongan wanita  berpotensi untuk mencapai kejayaan  dari segi ekonomi dan golongan wanita boleh merebut peluang memajukan diri dalam perniagaan menerusi dana disediakan,” katanya yang turut  mengalu-alukan Mingguan Wanita datang ke Kementerian berbincang untuk program Bangkit Wanita.

Acara FIESTA HOMEBAKERS USHA-USHA BISKUT RAYA Saksikan Biskut Raya Gergasi Cornflakes 15KG!

Sementara itu, CEO Nu Ideaktiv, Syamil Fahim memaklumkan, selama lebih 40 tahun Mingguan Wanita berada di pasaran dengan jualan majalah dahulunya mencecah 160 ribu seminggu serta lebih 4 juta pembaca setia untuk media sosialnya terkini berjaya membawa suara wanita ke persada gemilang.

See also  [VIDEO] Pengunjung mula dibenarkan masuk ke dalam Sogo Mid Valley Southkey

“Kempen Bangkit Wanita yang kita usahakan sejak 3 tahun lalu, dijayakan dengan pelbagai aktiviti menghimpunkan 40 pengusaha biskut raya dan moga usaha begini berterusan,” katanya semasa ucapan alu-aluan.

Acara FIESTA HOMEBAKERS USHA-USHA BISKUT RAYA Saksikan Biskut Raya Gergasi Cornflakes 15KG!

Dalam fiesta sehari semalam, selain promosi jualan dan tempahan biskut raya, banyak  aktiviti pentas interaktif bersama pengunjung telah diadakan.

Menampilkan Hanif sebagai pengacara yang penuh lincah, penaja utama CSR turut memberikan pelbagai hadiah menarik di booth mereka. Dengan hanya follow laman sosial mereka, pengunjung menerima beg hadiah menarik di mana pelbagai produk Gula CSR diberikan secara percuma buat pengunjung bertuah.

Persembahan fiesta semalam dihangatkan dengan persembahan bertenaga dari penyanyi Marsha Milan Londoh yang menyampaikan dua buah lagu iaitu Girls On Fire selain lagu popularnya, Kembali Terang. 

Acara FIESTA HOMEBAKERS USHA-USHA BISKUT RAYA Saksikan Biskut Raya Gergasi Cornflakes 15KG!

Selain persembahan pentas dari Marsha, ada banyak aktiviti pentas berlangsung seperti demo bancuhan topping dekorasi biskut bersama pengasas Gula Cakery, Nor Arieni Adriena, pertandingan tekan-tekan semperit biskut raya, demo biskut raya kurang manis oleh pengasas Easy Bake Lab iaitu Cik Dayang, pertandingan susun-susun biskut raya, pertandingan tekan biskut semperit raya bersama Puan Hanani yang datang jauh dari Terengganu, happy hour dan banyak lagi.

Turut diadakan, acara biskut raya terbesar oleh para pelajar kulinari dalam Pertandingan Biskut Raya Gergasi. Sebanyak tiga universiti / kolej memasuki pertandingan ini terdiri dari Food Institute Of Malaysia (FIM), Saito University dan Institut Kemahiran Belia Negara Kemasek Kemaman Terengganu. 9 kumpulan telah bertanding  melibatkan 36 penyertaan pelajar.

Kumpulan juri yang diketuai oleh Puan Norhayati dari Taylor Universiti, Puan Nor Arieni Adriena dari Gula Cakery dan Marsha sepakat memilih kumpulan Zucchero dari IKBN yang  menghasilkan biskut Giant Golden Flakes seberat 15 kg.

See also  Noh Salleh Selamat Bertunang, Bakal Nikah September Ini

Kumpulan Zucchero memenangi hadiah utama sebanyak RM700 serta nilaian RM10,000 bagi artikel mengenai sekolah masakan terbaik, hadiah iringan serta sijil penyertaan. 

Pemenang kedua dan ketiga dimenangi oleh pelajar dari Food Institute Of Malaysia yang menerima wang tunai RM500 dan RM300. Bagi saguhati, hadiah sampingan dan sijil disediakan buat kesemua pelajar yang bertanding.

Acara FIESTA HOMEBAKERS USHA-USHA BISKUT RAYA Saksikan Biskut Raya Gergasi Cornflakes 15KG!

Fiesta diteruskan dengan pelbagai aktiviti bermula seawal jam 10 pagi dan menghampiri kemuncak acara pada jam 9 malam bila mana penganjur utama Gula CSR menawarkan hadiah lumayan sebanyak 36 kg gula Better Brown kepada vendor yang memenangi tiga kategori yang dipertandingkan iaitu  vendor Paling Aktif Promosi Di Sosial Media, vendor Sampel Biskut Paling Laris dan vendor Booth Tercantik.

Fiesta yang penuh kemeriahan dan warna-warni ini dijangka akan dianjurkan sekali lagi dengan tema yang berbeza pula. Hingga jumpa lagi di fiesta akan datang. 

Acara FIESTA HOMEBAKERS USHA-USHA BISKUT RAYA Saksikan Biskut Raya Gergasi Cornflakes 15KG!

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

Acara FIESTA HOMEBAKERS USHA-USHA BISKUT RAYA Saksikan Biskut Raya Gergasi Cornflakes 15KG!

Baca artikel berikutnya: Grown In Good Nature Lancarkan Kempen “Anytime Is Grape Time’ Bagi Pasaran Malaysia, Nikmati Kelazatan Buah Anggur Dari Australia

 

Acara FIESTA HOMEBAKERS USHA-USHA BISKUT RAYA Saksikan Biskut Raya Gergasi Cornflakes 15KG! 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo