Artikel Terkini

Akta tanggungjawab fiskal beri isyarat jelas tadbir urus baik kewangan awam, kata Rafizi

Akta tanggungjawab fiskal beri isyarat jelas tadbir urus baik kewangan awam, kata Rafizi
Akta tanggungjawab fiskal beri isyarat jelas tadbir urus baik kewangan awam, kata Rafizi 1

Menteri ekonomi berkata cara kerajaan membelanjakan wang negara perlu dikawal selia melalui perundangan.

Akta tanggungjawab fiskal beri isyarat jelas tadbir urus baik kewangan awam, kata Rafizi
Akta tanggungjawab fiskal akan mengharmoni dan mendisiplinkan mekanisme perbelanjaan seluruh jentera kerajaan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

KUALA LUMPUR: Akta tanggungjawab fiskal (FRA) yang dicadangkan akan memberi isyarat jelas kepada pasaran dan menetapkan rangka kerja tadbir urus baik untuk kewangan awam, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata, terdapat keperluan mengawal selia cara negara membelanjakan wang melalui perundangan, justeru cadangan FRA dijangka dibentangkan di Parlimen dalam tempoh terdekat.

“Rancangan dan idea untuk FRA telah ada dan ramai yang bercakap mengenainya, semua pihak mengakui (bahawa) tadbir urus tidak seharusnya diperkatakan sahaja tetapi perlu ada rangka kerja.

“Ia adalah ciri penting bagi perkara yang perlu kita lakukan untuk memperkukuh ekonomi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada majlis penghargaan Pihak Berkepentingan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA), malam tadi.

Beliau berkata, tumpuan kerajaan pada masa ini berasaskan tiga aspek iaitu mengukuhkan kedudukan fiskal negara, meningkatkan hasil dan menstrukturkan ekonomi.

“Masalah kita pada masa lepas pada asasnya adalah cara kita membelanjakan wang kita. Berlandaskan FRA, ia akan mengharmonikan dan (memupuk) disiplin untuk memberi panduan kepada seluruh jentera kerajaan sehingga ke peringkat bawah,” katanya.

Rafizi berkata, Kementerian Kewangan bertanggungjawab membentangkan FRA, manakala kementeriannya yang menguruskan perbelanjaan pembangunan akan memberi input mengenai rang undang-undang dicadangkan itu.

Pada 24 Feb, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, semasa pembentangan Belanjawan 2023 yang disemak semula, mengesahkan kerajaan akan membentangkan FRA tahun ini untuk memastikan tahap ketelusan lebih tinggi dan pengurusan ekonomi lebih bertanggungjawab.

Akta tanggungjawab fiskal beri isyarat jelas tadbir urus baik kewangan awam, kata Rafizi 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah

See also  Saya tidak masuk campur urusan pemilihan UMNO - Rosmah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo