Artikel Terkini

Amir Timur (Tamerlane): Antara Keimanan Dan Keganasan

Amir Timur (Tamerlane): Antara Keimanan Dan Keganasan
Amir Timur (Tamerlane): Antara Keimanan Dan Keganasan 1
Follow our Telegram

Pada zaman Pertengahan, ketika kerajaan-kerajaan kecil di Eropah saling bertelagah kerana perbezaan kecil seperti wilayah dan agama, dataran rumput timur bergema dengan bunyi telapak kaki kuda para Khan yang agung.

Penak.luk yang paling ga.nas dan menakutkan dalam sejarah, Genghis Khan dan para panglimanya telah mengalahkan setiap tentera yang menghalang perjalanan mereka dari China ke Hungary, dan membu.nuh sesiapa sahaja yang menentang mereka. Akhirnya mereka menubuhkan Empayar Mongol, empayar daratan terbesar pernah wujud dalam sejarah.

Menjelang pertengahan abad ke-14, bagaimanapun, empayar tak.lukan Mongol ini telah berpecah-belah kerana keturunan Genghis Khan sering berpe.rang sesama sendiri dan memisahkan empayar mereka sendiri dengan sempadan berbeza-beza.

Nampaknya bangsa nomad memerlukan seorang lagi ‘Genghis Khan’ dengan kega.nasan yang sama dan genius ketenteraan untuk menyatukan mereka di bawah satu pemerintahan dan penak.lukan ga.nas yang terakhir.

Timur – seorang individu menarik akan menggabungkan sikap kega.nasan orang Mongol dengan nilai-nilai umat Islam yang bertamadun. Tetapi dalam bentuk kombinasi yang amat mema.tikan.

Nama Timur bermaksud besi dalam bahasa Chagatai Transoxiana (Uzbekistan moden), tanah padang rumput yang jadi tanah kelahirannya pada tahun 1336.

Kekhanan Chagatai diperintah oleh khan-khan Chagatai, yang merupakan keturunan anak lelaki Genghis bernama Chagatai Khan, dan bapa Timur adalah seorang bangsawan Barlas, sebuah suku Mongol yang telah dipengaruhi oleh budaya Islam dan berbahasa Turki pada abad itu sejak penak.lukan Mongol.

Amir Timur (Tamerlane): Antara Keimanan Dan Keganasan 2
Gambaran menara tengkorak yang dibina Amir Timur.

Akibatnya, walaupun sebagai seorang lelaki yang masih muda, Timur menganggap dirinya sebagai pewaris dan penerus agenda penak.lukan Genghis dan Nabi Muhammad S.A.W.

Walaupun dia mengalami kecederaan yang mengakibatkan kakinya tempang seumur hidup semasa cuba mencuri seekor biri-biri pada tahun 1363, itu tidak menghalangnya daripada terus mempercayai takdir ini, dan pada masa yang sama dia mula membina pengaruh sebagai ketua pasukan berkuda dalam tentera Chagatai.

Semasa Kekhanan Chagatai dise.rang oleh Tughluq Timur dari Kashgar, seorang lagi keturunan Genghis Khan, Timur telah dihantar dalam misi menye.rang kem penceroboh, dan hasilnya adalah dia dipilih sebagai ketua sukunya sendiri, Barlas, menggantikan bekas pemimpinnya Hajji Beg.

Pada peringkat awal kerjayanya ini Timur telah menonjolkan semua ciri-ciri sebagai seorang yang zalim. Dia mengumpul pengikut yang ramai dengan bersikap pemurah dan berkarisma sebelum tanpa belas kasihan dia menyebabkan abang tirinya dibu.nuh supaya dia boleh mengahwini isteri abangnya sendiri yang berketurunan Genghis Khan.

Langkah terakhir ini amat penting kerana ia membolehkan Timur menjadi pemerintah tunggal Kekhanan Chagatai secara sah memandangkan hanya keturunan Genghis Khan saja yang boleh memerintah dan memakai gelaran Khan. Namun Timur tak pernah menggunakan gelaran Khan kerana khuatir akan timbul pemberontakan.

Oleh itu, semasa dia meluaskan kuasa Empayar Timuriyyah, dia memakai gelaran Amir Timur. Para pewarisnya memakai beberapa gelaran lain seperti Mirza.

Amir Timur (Tamerlane): Antara Keimanan Dan Keganasan 3
Amir Timur.

35 tahun berikutnya dihabiskan dengan penak.lukan tanpa henti. Saingan pertamanya ialah seorang lagi keturunan Genghis iaitu Tokhtamysh – pemerintah kerajaan Ulus Jochi (Golden Horde). Kedua-duanya bertem.pur dengan sengit sebelum bergabung menentang tentera Muscovy Rusia dan membakar hangus ibu kota Muscovy (Moscow) pada tahun 1382.

Kemudian berlaku penak.lukan Parsi – yang melibatkan pembu.nuhan beramai-ramai lebih 100,000 orang awam di kota Herat, dan satu lagi pe.rang menentang Tokhtamysh yang menjatuhkan kuasa Mongol Ulus Jochi.

Tindakan Timur seterusnya berakhir dengan pertem.puran yang agak sukar diterima akal selepas tenteranya dapat mengalahkan tentera bergajah Kesultanan Delhi dari India yang memakai rantai dan membawa gading berac.un di Delhi, sebelum menja.rah kota itu pada 1398.

Ini adalah pencapaian yang menakjubkan, kerana Kesultanan Delhi adalah salah satu kerajaan yang terkaya dan paling berkuasa di dunia pada masa itu, dan ini melibatkan lebih banyak pembu.nuhan beramai-ramai untuk menghentikan gangguan orang awam. Timur kemudian berpaling ke arah lain.

Timur menye.rang dan mengalahkan Kesultanan Delhi yang diperintah oleh Sultan Nasir-ud-Din Mahmud Shah Tughluq dari dinasti Tughluq. Namun Sultan melarikan diri dari takhtanya.

Selepas menyeberangi Sungai Indus pada 30 September 1398, dia menja.rah Tulamba dan membantai penduduknya beramai-ramai. Kemudian dia mara dan menawan Multan menjelang Oktober.

Amir Timur (Tamerlane): Antara Keimanan Dan Keganasan 4
Empayar Timuriyyah.

Pencerobohannya tidak dapat dielakkan kerana kebanyakan bangsawan India menyerah kalah tanpa menentang, namun dia menghadapi tentangan sengit daripada pakatan tentera Rajput dan Muslim di Bhatner.

Di bawah perintah Dulachand, raja Rajput, Dulachand pada mulanya menentang Timur tetapi apabila tertekan dia berkira-kira untuk menyerah. Dia disekat di luar tembok Bhatner oleh abangnya dan kemudian dibu.nuh oleh Timur.

Pasukan garnisun Bhatner kemudiannya bertem.pur dan dibantai sehabis mungkin. Bhatner telah dija.rah dan dibakar hangus.

Sepanjang abad ke-14, Empayar Uthmaniyah yang baru muncul telah bangkit berkuasa, dan pada tahun 1399 mereka menye.rang orang Turkmen di Anatolia yang berkait secara etnik dan agama dengan Timur.

Maka Timur mengisytiharkan pe.rang ke atas Sultan Bayezid I dari Empayar Uthmaniyah, dan sultan Mamluk Mesir. Bayezid mula menak.luki wilayah Turkmen dan pemerintah Islam di Anatolia.

Memandangkan Timur menuntut kekuasaan ke atas pemerintah Turkmen, mereka berlindung di di bawah naungannya. Timur menye.rang Syria, menja.rah Aleppo, dan menawan Damsyik selepas mengalahkan tentera Mamluk. Penduduk kota dibu.nuh beramai-ramai, kecuali tukang-tukang yang dibawa pulang ke Samarkand. Ini menyebabkan Timur diisytiharkan sebagai musuh Islam secara terbuka.

Amir Timur (Tamerlane): Antara Keimanan Dan Keganasan 5
Tugu Amir Timur di Tashkent.

Dia menye.rang Baghdad pada Jun 1401. Selepas menawan kota itu, 20,000 rakyatnya telah dibu.nuh beramai-ramai. Timur mengarahkan setiap askarnya harus kembali dengan sekurang-kurangnya dua kepala manusia yang dipenggal sebagai bukti mereka melaksanakan tugas.

Kebanyakan askarnya yang takut akan gagal, bertindak seawal mungkin membu.nuh tawanan sedia ada hanya untuk memastikan mereka sudah memiliki kepala untuk diserahkan kepada Timur.

Timur menye.rang Anatolia dan mengalahkan Bayezid dalam Pertem.puran Ankara pada 20 Julai 1402. Bayezid telah ditangkap dan kemudiannya mangkat dalam tahanan, sekaligus memulakan zaman Interregnum atau Pe.rang Saudara Uthmaniyah selama 12 tahun.

Motivasi yang mendorong Timur untuk menye.rang Empayar Uthmaniyah adalah untuk mengembalikan kuasa Empayar Seljuk. Timur menganggap bekas keturunan pemerintah Seljuk sebagai pewaris kuasa yang sah di Anatolia kerana mereka telah diberikan mandat memerintah oleh penak.luk Mongol. Ini sekali lagi menggambarkan Timur sangat obses mahu diabsahkan sebagai penerus legasi Genghis Khan.

Maka, dengan kekosongan kuasa di Anatolia, gerombolan tentera Timur memusnahkan wilayah itu.  Bagaimanapun, seke.jam mana pun Timur, dia masih seorang politikus yang licik. Dia mengambil kesempatan ini untuk menghancurkan pejuang Kristian Knight Hospitaliters di barat Anatolia, membolehkan dia menggelar dirinya sebagai ghazi atau pahlawan Islam.

Amir Timur (Tamerlane): Antara Keimanan Dan Keganasan 6
Rangka yang dipercayai milik Amir Timur.

Situasi ini meningkatkan lagi sokongan terhadapnya.  Dalam perjalanan pulang ke timur melalui wilayah yang menyokongnya, pemerintah yang sudah tua itu mula merancang untuk menak.luki Dinasti Ming di China, melalui lencongan untuk merampas kembali Baghdad yang telah ditawan oleh pesaing tempatan.

Pada tahun 1368, Dinasti Ming telah menggulingkan Dinasti Yuan dan mengusir orang Mongol keluar dari China. Maharaja Hongwu menuntut dan menerima banyak pengiktirafan dan penghormatan dari kerajaan-kerajaan di Asia Tengah atas dasar pewaris politik kepada legasi Kublai Khan.

Timur mengirimkan hadiah kepada dinasti Ming yang boleh dianggap sebagai tributari atau penghormatan kerana pada mulanya dia tak berani menentang kuasa ekonomi dan ketenteraan Ming.

Timur ingin memulihkan Empayar Mongol, dan akhirnya merancang untuk menak.luk China. Pada Disember 1404, Timur memulakan ekspedisi ketenteraan menentang dinasti Ming di China, tetapi dia dise.rang oleh demam dan wabak ketika berkhemah jauh di sebelah Sihon (Syr-Daria) dan meninggal dunia di Atrar (Otrar) pada pertengahan Februari 1405.

Dikatakan punca sebenar kema.tian Amir Timur adalah kesan daripada pana.h bera.cun yang menusuknya semasa dalam salah satu pertem.puran menentang Rajput di India.

Peninjaunya meneroka tanah Mongolia sebelum kema.tiannya, dan tulisan yang mereka ukir pada pepohon di pergunungan Mongolia masih boleh dilihat hingga abad kedua puluh.

Sejarah Timur adalah kompleks. Di timur-dekat dan India, dia dikecam sebagai psikopat yang dahagakan da.rah. Kebenaran ini sukar dipertikaikan, anggaran yang paling boleh dipercayai bagi kiraan kema.tian akibat penak.lukan Timur ialah 17,000,000 orang, atau 5% daripada populasi dunia pada masa itu.

Bayangkan, orang Rajput yang bermusuh dengan orang Islam sanggup menangguhkan persengketaan dan tentera Sikh, Hindu, Jatt, dan Muslim bergabung bagi menentang ancaman se.rangan Timur terhadap India.

Walau bagaimanapun, di tanah kelahirannya di Asia tengah, Timur masih diraikan sebagai seorang pahlawan, baik sebagai pemulih kuasa Empayar Mongol mahu pun pahlawan Islam, inilah bertepatan dengan apa yang dia inginkan.

Setelah kejatuhan Kesatuan Soviet, patung Vladmir Lenin diruntuhkan di Tashkent, ibu kota Uzbekistan pada tahun 1991, dan ia telah digantikan dengan yang baru, iaitu patung Timur.

Empayarnya terbukti tidak kekal sebagaimana kejatuhannya sudah diramalkan apabila semua anak-anak lelakinya saling merebut kuasa selepas kema.tiannya, tetapi ironinya, impak budaya yang ditinggalkannya bertahan amat lama.

Amir Timur (Tamerlane): Antara Keimanan Dan Keganasan 7
Makam Amir Timur di Uzbekistan.

Seperti tokoh yang lain, Timur adalah seorang sarjana yang berjaya, bertutur pelbagai bahasa dan gemar berdamping dengan pemikir Islam terkemuka pada zamannya seperti Ibn Khaldun, pelopor disiplin sosiologi yang diiktiraf secara meluas di barat sebagai salah seorang ahli falsafah terhebat pada Zaman Pertengahan.

Semua ini dibawa kembali ke Asia Tengah, dan melalui misi diplomatik Timur yang mencapai hingga ke Eropah, di mana raja Perancis dan Castile sentiasa berhubung dengannya dan dia diraikan sebagai penak.luk Empayar Uthmaniyah yang agresif.

Ayat yang tertulis pada batu nisannya menyatakan Timur sebagai keturunan Sayidinna Ali r.a., dan kewujudan pengikut Syiah dalam tenteranya menyebabkan beberapa pemerhati dan ulama menganggap Timur seorang Syiah.

Bagaimanapun, penasihat agamanya yang rasmi ialah ulama Hanafi Abd al-Jabbar Khwarazmi. Terdapat bukti bahawa dia telah menjadi seorang Nusayri di bawah pengaruh Sayyed Barakah, seorang pemimpin Nusayri dari Balkh, yang merupakan mentornya.

Timur juga membaik pulih makam Ahmed Yesevi, seorang wali Sufi Turki berpengaruh yang paling banyak berusaha untuk menyebarkan Islam Sunni di kalangan nomad.

Terang lagi bersuluh, Amir Timur seorang penak.luk yang ke.jam, tetapi eksploitasinya sangat berbaloi untuk dikaji, dan masih sangat relevan dalam dunia hari ini.

RUJUKAN:

Manz, Beatrice Forbes (1999). The Rise and Rule of Tamerlane. Cambridge University Press.

[ad_2]
Source
[vc_row][vc_column][vc_column_text woodmart_inline="no" text_larger="no"][sociallocker id="61266"]Amir Timur (Tamerlane): Antara Keimanan Dan Keganasan 8[/sociallocker][/vc_column_text][/vc_column][/vc_row] kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list