Artikel Terkini

Bagaimana Kita Nak Mengembara Ke Masa Depan?

Bagaimana Kita Nak Mengembara Ke Masa Depan?
Bagaimana Kita Nak Mengembara Ke Masa Depan? 1
Follow our Telegram

Bergerak menghampiri kelajuan cahaya boleh mengakibatkan perubahan signifikan pada panjang dan masa yang dialami oleh objek/seseorang.

Apabila suatu objek bergerak menghampiri kelajuan cahaya, panjang objek itu akan mengecut. Semakin laju, semakin pendek panjangnya apabila diperhatikan. Masa yang dialami oleh objek akan lebih perlahan, semakin laju ia bergerak, semakin perlahan masa yang dialami, relatif dengan pemerhati.

Hal ini menjadikan bergerak menghampiri kelajuan cahaya dapat membawa seseorang ke masa hadapan. Misalnya, kita menaiki roket dan bergerak ke angkasa lepas dengan kelajuan menghampiri kelajuan cahaya, misalnya 270,000,000 m/s selama 5 tahun, kita akan melangkau 6 tahun ke hadapan di Bumi.

Ini bermaksud, selama 5 tahun kita berjalan, Bumi telah ke hadapan selama 11 tahun. Orang di Bumi mendapati kita telah hilang selama 6 tahun, tetapi untuk kita sendiri, kita cuma bergerak cukup 5 tahun, bukan sampai 11 tahun.

Kalau biasa menonton filem-filem popular mengenai pengembaraan masa, kita selalu dipamerkan pengembaraan masa itu berlaku dengan melompat dari satu masa ke satu masa. Kemudian, kononnya kita dapat menemui diri kita di masa hadapan.

Tetapi realitinya tidak begitu. Kita dapat ke masa hadapan apabila kita lambat tua kerana masa yang bergerak ke atas kita sangat perlahan. Kita rasa normal. Tetapi apabila dibuat perbandingan antara kita yang bergerak menghampiri kelajuan cahaya dengan penduduk Bumi yang bergerak lebih perlahan, masa yang berlalu ke atas kita sangat perlahan. Masa bagi penduduk Bumi pula lebih laju.

Sergei Avdeyev pernah bergerak dengan kelajuan 27,360 km/h selama 747 hari dengan menaiki stesyen angkasa Mir dan beliau telah ke masa hadapan sejauh 0.02 saat (beliau muda 0.02 saat berbanding penduduk Bumi). Perubahannya tidak begitu signifikan kerana Avdeyev tidak bergerak menghampiri kelajuan cahaya. Tetapi perubahan akibat bergerak laju itu ada.

Sekiranya hal ini dapat direalisasikan dengan lebih signifikan kelak dan kita berhajat untuk ke 10 hingga 20 tahun ke masa hadapan, amaran, setelah ke masa hadapan, kita tidak mampu berpatah balik semula untuk habiskan sisa hidup dengan orang tersayang.

[ad_2]
Source
[vc_row][vc_column][vc_column_text woodmart_inline="no" text_larger="no"][sociallocker id="61266"]Bagaimana Kita Nak Mengembara Ke Masa Depan? 2[/sociallocker][/vc_column_text][/vc_column][/vc_row] kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list