Artikel Terkini

Bayar zakat lebih senang secara online, kalkulator zakat mudahkan pengiraan

Bayar zakat lebih senang secara online, kalkulator zakat mudahkan pengiraan
Bayar zakat lebih senang secara online, kalkulator zakat mudahkan pengiraan 1

Nak dekat raya je mesti kita dengar pasal nak bayar zakat. Bagi masyarakat Muslim, zakat merupakan salah satu rukun Islam yang pastinya diketahui oleh setiap umatnya. Manfaat membayar zakat ini cukup besar tau lebih-lebih lagi dalam membantu mereka yang dalam kesusahan seperti mualaf, warga emas, ibu tunggal, anak yatim dan yang lebih memerlukan.

Bagi zakat fitrah, setiap daripada umat Islam baik lelaki mahupun perempuan telah difardukan untuk membayarnya dengan syarat-syarat yang tertentu dan boleh dibayar pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.

Bayar zakat lebih senang secara online, kalkulator zakat mudahkan pengiraan 2

Namun perlu diingat ye, selain dari zakat fitrah, zakat harta juga wajib dibayar ke atas individu yang layak.

Untuk makluman, zakat harta merupakan zakat yang dikenakan terhadap harta-harta tertentu dan syarat-syarat tertentu dimana 2.5 peratus dari jumlah keseluruhan harta yang ingin dizakatkan. Hukum membayar zakat harta juga wajib kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam.

Cumanya, zakat harta ini boleh dibayar pada bila-bila masa sahaja dan tidak tertumpu kepada tempoh waktu seperti zakat fitrah.

Selalunya, kita akan mencari amil untuk membayar zakat, tapi dengan kemajuan teknolongi serta kekangan pandemik, membayar secara atas talian merupakan salah satu pilihan yang bijak.

Tak susah pun, dengan melayari Zakatselangor.com.my, semua pembayaran serta info semasa berkenaan zakat dapat diakses dengan mudah.

Bagi yang belum tahu, sebenarnya Lembaga Zakat Selangor dah bantu kita semua ‘mudahkan kerja’ terutamanya  kepada warga Selangor dalam urusan zakat apabila wujudnya portal one stop centre berkenaan zakat.

Bayar zakat lebih senang secara online, kalkulator zakat mudahkan pengiraan 3

Semua maklumat lengkap dapat diakses menerusi portal tersebut termasuklah cara nak ketahui bayaran zakat yang perlu dilunaskan.

Mudah kan?

Mungkin masih ada di antara kita yang agak samar berkenaan pengiraan zakat. Jangan khuatir, melalui portal Lembaga Zakat Selangor, segalanya akan lebih mudah.

Macam mana? Senang je, anda cuma perlu buka laman utama portal kerana ada kalkulator zakat yang disediakan untuk memudahkan orang ramai mengira jumlah zakat yang perlu dibayar mengikut gaji serta beberapa kriteria lain yang  diambil kira.

Nak lagi mudah? Download saja aplikasi Zakat Selangor di telefon bimbit anda. Dekat situ, ada akses kalkulator yang boleh menentukan sama ada kita layak untuk berzakat ataupun menjadi penerima zakat.

Bayar zakat lebih senang secara online, kalkulator zakat mudahkan pengiraan 4

Tentulah boleh! Caranya tak susah, bagi pengguna ios dan Google Play, anda cuma perlu muat turut aplikasi Zakat Selangor ke smartphone peribadi.

Selain dari memberikan segala info serta kemudahan untuk membuat urusan berkaitan zakat, anda juga boleh tengok waktu solat dan lokasi cawangan terdekat pejabat zakat.

Tak hanya itu, kalkulator zakat yang ada di laman utama portal turut membantu menyemak rekod zakat yang sudahpun dilunaskan sebelum ini.

Mudah dan menyenangkan. Portal yang didirikan ni bukan je bantu masyarakat Muslim dalam urusan zakat, tapi turut boleh membantu menambah ilmu pengetahuan berkenaan zakat kerana ramai yang masih lagi kurang kelas dengan proses pengurusannya.

Jadi, lepasni tak payahla kita semua nak beratur panjang untuk membayar zakat fitrah atau harta kerana dah ada kemajuan tekonologi dengan pembangunan laman web seperti Zakatselangor.com.my ini.

Hanya dihujung jari sahaja, urusan-urusan zakat dapat diselesaikan dengan mudah.

Bayar zakat lebih senang secara online, kalkulator zakat mudahkan pengiraan 5

 


Bayar zakat lebih senang secara online, kalkulator zakat mudahkan pengiraan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list