Artikel Terkini

Bekas Penolong Setiausaha Eksekutif MPNM diarah bela diri

Bekas Penolong Setiausaha Eksekutif MPNM diarah bela diri
Bekas Penolong Setiausaha Eksekutif MPNM diarah bela diri 1

MELAKA – Seorang bekas Penolong Setiausaha Eksekutif Majlis Pengakap Negeri Melaka (MPNM) diarah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 30 pertuduhan pecah amanah membabitkan bayaran sewa premis berjumlah RM63,400.

Hakim Elesabet Paya Wan membuat keputusan itu selepas mendapati wujud kes prima facie terhadap tertuduh, Ahmad Danial Osman, 33, setelah mempertimbangkan keterangan saksi pendakwaan serta hujah pihak pendakwa dan pembelaan.

Kata beliau, mahkamah mendapati anggapan undang-undang mengikut Seksyen 409B (1) Kanun Keseksaan yang dihujahkan pendakwaan bahawa tertuduh mempunyai niat curang menyalahgunakan wang sewaan itu adalah terpakai bagi kesemua pertuduhan.

“Atas alasan-alasan ini dan merujuk kepada Seksyen 173 Kanun Tatacara Jenayah, tertuduh dipanggil membela diri terhadap semua pertuduhan,” katanya ketika memberikan keputusan di akhir kes pendakwaan hari ini.

Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan untuk Ahmad Daniel membela diri pada 8, 9 dan 22 Jun depan.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Danial didakwa dengan curangnya menyalahgunakan bayaran sewa bangunan milik MPNM yang disewakan kepada Syarikat Iconn Resources & Marketing (M) Sdn. Bhd., Golden Deluxe (M) Sdn. Bhd. dan Syarikat Brilliant Mobile berjumlah RM63,400 antara 5 Oktober 2015 hingga 30 Januari 2018 untuk diri sendiri.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dan dengan sebat dan denda mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Sepanjang perbicaraan yang bermula pada 13 September 2022, pihak pendakwaan memanggil 21 saksi untuk memberi keterangan sebelum menutup kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Irwan Shah Abdul Samat manakala tertuduh diwakili peguam P. Purshotaman dan R. Senthil. – KOSMO! ONLINE


Bekas Penolong Setiausaha Eksekutif MPNM diarah bela diri 1 kontraktor rumah

See also  Warden cabul penghuni rumah anak yatim dipenjara 4 tahun
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo