Artikel Terkini

Belum berakhir, Ali Puteh mahu buat rayuan di Mahkamah Tinggi

Belum berakhir, Ali Puteh mahu buat rayuan di Mahkamah Tinggi
Belum berakhir, Ali Puteh mahu buat rayuan di Mahkamah Tinggi 1

Pelawak Ali Puteh akur dengan keputusan mahkamah apabila kes saman fitnah yang difailkan berpihak kepada kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd. Ali di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Menurut laporan Kosmo! Online, bagaimanapun pelawak berusia 33 tahun itu bercadang untuk membuat rayuan di Mahkamah Tinggi kerana mendakwa terdapat beberapa fakta perlu diperbetulkan.

Belum berakhir, Ali Puteh mahu buat rayuan di Mahkamah Tinggi 2

“Alhamdulillah hari ini selesai keputusan mahkamah. Saya akur dengan keputusan hari ini tetapi saya akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi kerana terdapat fakta yang tidak tepat.
“Saya tidak boleh kongsi fakta tersebut kerana akan mengganggu proses rayuan. Apapun keputusan hari ini, saya okey, tidak ada rasa nak marah atau mengamuk,” kata ahli kumpulan Puteh itu.

Belum berakhir, Ali Puteh mahu buat rayuan di Mahkamah Tinggi 3

Selain itu, Ali berkata dia sudah lali dengan kecaman netizen sejak kemelut tersebut berlaku dua tahun lalu kerana menyifatkan orang ramai tidak mengetahui kronologi sebenar antara kedua-dua pihak.

“Netizen yang menghentam saya bahawa saya yang menyaman, sebenarnya yang memulakan ialah Nor Hidayah. Saman ini bermula 15 hari selepas arwah Abam meninggal,” ujarnya.

Ali menjelaskan, dia sebelum ini dituntut ganti rugi am sebanyak RM900,000 selain diberi notis untuk diheret ke mahkamah.

Belum berakhir, Ali Puteh mahu buat rayuan di Mahkamah Tinggi 4

“Kemudian saya perlu jawab dan menghantar saman balas. Hakikatnya bukan saya memulakan saman,” tegasnya.

Terdahulu, Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan diperintah membayar RM60,000 kepada ibu tunggal anak satu itu berhubung kenyataan aib dimuat naik di laman Instagram pada 2020.

Allahyarham Abam menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari 2020 akibat demam panas, meninggalkan isteri serta anak lelaki mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: Kosmo! Online (Nur Emira Saizali)


Belum berakhir, Ali Puteh mahu buat rayuan di Mahkamah Tinggi 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list