Artikel Terkini

Buat pilihan raya serentak elak kerajaan hilang fokus, kata wakil rakyat Umno

Buat pilihan raya serentak elak kerajaan hilang fokus, kata wakil rakyat Umno
Buat pilihan raya serentak elak kerajaan hilang fokus, kata wakil rakyat Umno 1

Jalaluddin Alias berkata pilihan raya berasingan menyebabkan kerajaan hilang fokus untuk membantu rakyat dan membangunkan ekonomi.

Buat pilihan raya serentak elak kerajaan hilang fokus, kata wakil rakyat Umno
Jalaluddin Alias mencadangkan ‘reset election’ atau PRU dan PRN diadakan serentak bagi mengurangkan perbelanjaan negara, selain pembangunan negara dapat diteruskan.

KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat kerajaan berkata, tindakan mengadakan pilihan raya berasingan perlu dihentikan kerana ia menyebabkan kerajaan hilang fokus membantu rakyat dan membangunkan ekonomi.

Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) berkata, sepanjang lima tahun lalu kerajaan membelanjakan RM1.5 bilion, tidak termasuk PRN di enam negeri yang akan diadakan tahun ini.

“Kita dah lalui lima tahun ini, kerajaan memperuntukkan RM1.5 bilion untuk kita lalui PRK, PRN dan PRU baru-baru ini. Dalam tempoh beberapa bulan lagi, kita akan tempuhi PRN di beberapa negeri.

“Ini semua akan menyebabkan negara hilang fokus untuk membantu rakyat dan membangunkan negara kerana terpaksa tumpukan pada PRU dan PRN,” katanya dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat.

Justeru, beliau mencadangkan “reset election” atau PRU dan PRN diadakan serentak bagi mengurangkan perbelanjaan negara, selain pembangunan negara dapat diteruskan.

“Biar kita buat sekali serentak, sama ada PRU atau PRN dan selepas itu mana-mana pihak yang diberi mandat boleh memikirkan bagi lima tahun akan datang, fokus untuk membangunkan negara dan negeri masing-masing.

“Tak payah lagi fikir nak adakan PRN selepas itu kita nak pergi ke negeri ini…lepas itu parti politik nak bincang pula soal duit, bajet dan sebagainya….ini semua kita kena hentikan.”

Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Selangor akan mengadakan PRN tahun ini.

Pada 22 Feb lalu, enam negeri itu sepakat mempertimbangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri dalam dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN.

Buat pilihan raya serentak elak kerajaan hilang fokus, kata wakil rakyat Umno 1 kontraktor rumah
bina rumah

See also  Kerajaan Kelantan sokong Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo