Artikel Terkini

COVID-19: 41 kluster masih aktif, dua diisytihar tamat di Sabah

COVID-19: 41 kluster masih aktif, dua diisytihar tamat di Sabah
COVID-19: 41 kluster masih aktif, dua diisytihar tamat di Sabah 1

KOTA KINABALU, 18 Rejab 1443H, Ahad – Sebanyak 41 kluster COVID-19 di Sabah masih aktif, manakala dua lagi diisytiharkan tamat pada hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata, dua kluster yang diisytiharkan tamat itu ialah Kluster Kayul di Kuala Penyu membabitkan penularan jangkitan dalam komuniti, dan Kluster Pandan-Pandan di Putatan yang merupakan kluster institusi pendidikan.

Masidi, yang juga jurucakap COVID-19 negeri berkata, terdapat satu lagi kluster baharu membabitkan penularan jangkitan dalam institusi pendidikan dilaporkan hari ini, dengan kes indeks seorang pelajar asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beluran.

“Kluster Jalan Beluran Lama ini tercetus apabila kes indeks berusia 18 tahun dikesan positif, selepas menjalani saringan bergejala pada 17 Februari lepas.

“Saringan terhadap kontak rapat mendapati pertambahan sebanyak 34 kes, menjadikan jumlah kumulatif bagi kluster ini ialah 35 kes setakat hari ini. Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan lanjut, manakala kontak rapat tidak bergejala juga diberikan perintah kuarantin,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Secara keseluruhan, Masidi berkata Sabah merekodkan sebanyak 5,007 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 308,476 kes dengan empat kes kematian dilaporkan iaitu masing-masing satu kes di Ranau, Lahad Datu, Keningau dan Beaufort.

Beliau berkata, 3,161 kes atau 63.13 peratus daripada kes baharu itu adalah disebabkan jangkitan sporadik dan peratusan tinggi tersebut menunjukkan jumlah kes harian di negeri itu dijangka kekal tinggi dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Masidi berkata, 4,107 pesakit COVID-19 di Sabah sembuh dan dibenarkan keluar hospital, manakala 2,919 pesakit lagi masih menerima rawatan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

COVID-19: 41 kluster masih aktif, dua diisytihar tamat di Sabah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list