Artikel Terkini

COVID-19 melonjak kepada 19,090 kes hari ini

COVID-19 melonjak kepada 19,090 kes hari ini
COVID-19 melonjak kepada 19,090 kes hari ini 1

Kes baharu COVID-19 dalam negara hari ini melonjak kepada 19,090 kes berbanding 17,134 kes semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 meningkat kepada 2,975, 422, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kali terakhir Malaysia merekodkan kes baharu COVID-19 melepasi paras 19,000 adalah pada 15 Sept tahun lepas dengan 19,495 kes.

Menerusi laman sosial Twitter rasminya Dr Noor Hisham berkata 99.41 peratus atau 18,977 daripada jumlah kes baharu itu adalah dalam kategori satu dan dua, manakala 113 kes lagi atau 0.59 peratus berada dalam kategori tiga, empat serta lima.

Kategori satu dan dua merujuk kepada pesakit yang tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan, kategori tiga  melibatkan jangkitan paru-paru, kategori empat membabitkan jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen, manakala kategori lima adalah kritikal, organ rosak serta memerlukan bantuan ventilator.

Mengenai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara, Dr Noor Hisham berkata ia berada pada paras 1.47 semalam dengan Labuan merekodkan nilai tertinggi iaitu 1.94 diikuti Sarawak (1.84), Sabah (1.73) dan Perlis (1.67).

Sementara itu  Dr Noor Hisham dalam kenyataan harian mengenai perkembangan COVID-19 dalam negara memaklumkan  daripada 19,090 kes baharu hari ini, 134 adalah kes import dan 18,956 kes tempatan, manakala 158 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 78 memerlukan bantuan pernafasan.

Menurutnya 5,712 kes sembuh direkodkan, menjadikan kumulatif kes sembuh setakat ini adalah 2,835,464. Selain itu, 14 kluster baharu dikenal pasti dengan 395 kluster yang masih aktif setakat ini.

“Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my,” katanya.

Sumber: Bernama


COVID-19 melonjak kepada 19,090 kes hari ini 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list