Artikel Terkini

Derita Kanser Ovari Tahap 4, Ani Mayuni Terpaksa Simpan Rahsia Adibah Noor.

Derita Kanser Ovari Tahap 4, Ani Mayuni Terpaksa Simpan Rahsia Adibah Noor.
Derita Kanser Ovari Tahap 4, Ani Mayuni Terpaksa Simpan Rahsia Adibah Noor. 1
Derita Kanser Ovari Tahap 4, Ani Mayuni Terpaksa Simpan Rahsia Adibah Noor. 2

Siapa sangka dalam tawa dan senyuman, rupanya arwah Adibah Noor menderita sakit. yang baru menghembuskan nafas terakhir semalam (8/6/2022).

Menurut sumber Allahyarham sekian lama menderita penyakit kanser ovari tahap empat namun tidak berkongsi perkara itu kepada umum. Derita beliau didiamkan dan jadi rahsia daripada pengetahuan umum.

Baru-baru ni beliau muncul dengan wajah yang baru yang tampak lebih kurus. Gemparlah Malaysia.

Memetik laporan harian metro, rupanya penyanyi Ani Maiyuni mengetahui penderitaan yang dialami oleh penyanyi dan pelakon Adibah Noor.

“Maaf kami terpaksa rahsiakan sebab sebelum ini Kak Dib (Adibah) ada beritahu saya dan beberapa rakan dalam Gegar Vaganza.”

Menurutnya, dia perlu memegang amanah Allahyarham agar tidak menghebohkan perkara ini kepada orang lain.

“Saya tak boleh bercerita kepada semua orang berkenaan penderitaan arwah. Dia sakit selepas habis GV dan  semasa kita nak shooting GV Raya, selepas itu dia mula demam on and off.

“Selepas itu lama dia warded dan kenapa dia tak keluar-keluar kita ingatkan Covid.

“Bila saya tanya dia secara peribadi baru dia beritahu yang dia dapat tahu yang dia ada kanser dan baru lepas pembedahan masa itu.”

Maiyuni berkata, Adibah juga kena berpantang dan kena rehat serta tidak mahu menerima mana-mana tetamu lagi.

“Yang orang nampak dia kurus adalah show pertama selepas rehat,” katanya.

Finalis Gegar Vaganza musim kelapan itu meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang petang tadi akibat kanser ovari tahap empat.

 

Moga-moga semua urusan terakhir Adibah Noor Allah mudahkan sehingga selesai. Amin.

Sumber: Harian Metro & Instagram ani_maiyuni

 




Derita Kanser Ovari Tahap 4, Ani Mayuni Terpaksa Simpan Rahsia Adibah Noor. 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list