Pengarah Syamsul Yusof menafikan dia pernah memukul isteri pertamanya, Puteri Sarah seperti yang didakwa oleh aktres berkenaan.
Memetik mStar Online, Syamsul berkata dia seperti tidak percaya dakwaan itu keluar daripada mulut isterinya dan menyifatkan dakwaan Puteri Sarah itu adalah fitnah.
BACA: “Kenapa Dia Tak Minta Cerai Dari Dulu?” – Syamsul
“Dia telah firnah saya pukul, tak beri nafkah. Saya terpinga-pinga bila tahu dia buat dakwaan sebegitu. Mungkin dia benci saya ketika it, tapi takkan sampai begini?
“Dia tahu saya tak pernah walau sekali memukul dia. Kononnya mak saya selamatkan dia. Mak saya jadi hulk ketka itu?” katanya.
Dalam pada itu, Syamsul berkata dia tidak tergamak melakukan perbuatan tersebut dan itu juga punca dia memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya.
“Itu ada kaitan dengan permohonan nusyuz kelmarin. Ada ahli keluarga menelefon saya mengakui perkata itu tak pernah berlaku.
“Saya ada anak perempuan, ada ibu, adik perempuan dan isteri-isteri yang amat saya sayang dan hormati. Saya tak mahu keruhkan keadaan tapi saya perlu jelaskan,” katanya.
Jelas Syamsul lagi, dia sudah mencuba untuk mengajak Puteri Sarah berbincang namun isterinya menolak. Malah, isteri pertamanya itu kerap meminta untuk dilepaskan serta memberi alasan sudah ada orang lain.
“Saya ada hubungi dia untuk berbincang menyelesaikan kemelut ini. Saya tanya apa dia mahu? Bukan mahu terus bercerai, berbincang dulu. Malangnya bila saya hubungi, dia minta dilepaskan dan cakap sudah ada orang lain.
“Sarah jangan risau tentang anak-anak. Saya bukan seorang ayah yang kejam. Saya takkan ambil anak-anak daripada ibunya sendiri,” katanya.
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo