Artikel Terkini

“Dia sentiasa sokong..” – Heliza Helmi syukur suami restu ke Palestin

“Dia sentiasa sokong..” – Heliza Helmi syukur suami restu ke Palestin
"Dia sentiasa sokong.." - Heliza Helmi syukur suami restu ke Palestin 1

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi bersyukur apabila mendapat restu suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman bagi menjayakan sebuah filem di Palestin pada Jun nanti.

Menurut laporan Harian Metro, suaminya juga akan turut serta sekiranya mempunyai untuk filem berjudul Road to Heaven itu yang akan menjalani penggambaran di sekitar Gaza dan Tebing Barat.

“Suami sentiasa menyokong dan doakan saya. Selalunya dia memang ada dengan saya dan sewaktu perbincangan untuk filem ini diadakan, dia turut ada sama.
“Mana tahu, kalau ada rezeki dan kalau ada peluang, dia akan ikut ke sana juga. Tapi, kena tunggu dan lihat bagaimana perancangannya,” katanya.

Selebriti berusia 36 tahun itu berkata, dia belum berfikir sekiranya dikurniakan rezeki berbadan dua ketika menjalani penggambaran tersebut.

“Bila soalan ini diajukan, barulah saya terfikir mengenainya. Buat masa sekarang, saya tak boleh nak jawab apa-apa lagi mengenai perkara itu kerana belum terfikir,” ujarnya.

Heliza atau nama penuhnya Nur Heliza Helmi dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Sumber: Harian Metro (Syafil Syazwan Jefri) , Instagram Heliza Helmi


"Dia sentiasa sokong.." - Heliza Helmi syukur suami restu ke Palestin 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list