Artikel Terkini

Dr. Farah Nini dilantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM

Dr. Farah Nini dilantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM
Dr. Farah Nini dilantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM 1

KUALA LUMPUR – Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM), Dr. Farah Nini Dusuki dilantik sebagai Pesuruhjaya Kanak-Kanak bagi menganggotai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berkuatkuasa Rabu lalu.

Pelantikan untuk tempoh tiga tahun itu dibuat mengikut subseksyen 5 (2) Akta SUHAKAM 1999 (Akta 597) dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Dr Farah Nini mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang hak asasi manusia dan undang-undang berhubung kanak-kanak.

Katanya, beliau kini Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-undang UM sejak Disember 2007.

dr farah
Dr. Farah Nini Dusuki

“Sebelum itu, Dr. Farah Nini pernah berkhidmat di Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws, Universiti Islam Antarabangsa selama 15 tahun.

“Beliau memperolehi PhD dari Universiti Cardiff, Wales, United Kingdom pada tahun 2002 dengan tesis yang menganalisa permasalahan sosio-perundangan bagi melindungi kanak-kanak daripada penderaan dan pengabaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Azalina, bidang kajian Dr. Farah Nini merangkumi perundangan mengenai pengadilan jenayah, undang-undang kanak-kanak, perlindungan remaja dalam isu kesihatan reproduktif seksual serta pelaksanaan dan penguatkuasaan hak kanak-kanak di Malaysia.

Beliau berharap, dengan lantikan itu pelbagai isu kanak-kanak yang berlaku di negara ini akan diberi perhatian lebih mendalam bagi memastikan hak asasi serta keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak sentiasa terpelihara.

Dr. Farah Nini adalah kakak kepada bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. – MalaysiaGazette

Dr. Farah Nini dilantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor

See also  Buruh ladang ditahan kes bunuh pemandu lori
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo