Artikel Terkini

Dua beranak maut, pilu anak lelaki belum faham bertanya

Dua beranak maut, pilu anak lelaki belum faham bertanya
Dua beranak maut, pilu anak lelaki belum faham bertanya 1

Meskipun sudah 24 jam berlalu, warganet masih mengenang kejadian menimpa seorang ibu dan bayi lelakinya yang terbabit kemalangan dua motosikal di Kampung Lumpur, Pasir Mas semalam.

Mangsa ibu hamil, Nur Hasliza Abdul Yazaib maut di tempat kejadian manakala bayi yang terkeluar daripada kandungan disahkan meninggal dunia di hospital selepas lima jam bertarung nyawa.

Dua beranak maut, pilu anak lelaki belum faham bertanya 2

Menurut laporan Harian Metro, jenazah kedua-duanya selamat dikebumikan di dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Stol jam 10.30 pagi tadi.

Suami mangsa Mohd Khairi Hasbullah berkata, dia bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan jenazah.

“Alhamdulillah, pusara mereka tidak jauh dari rumah kami, hanya 500 meter sahaja, mudah untuk saya menziarahi kubur mereka,” kata bapa tunggal kepada tiga anak itu.

Bagaimanapun, Mohd Khairi masih bimbang memikirkan keadaan anak keduanya Nurul Iman Maisara yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Dua beranak maut, pilu anak lelaki belum faham bertanya 3

Kanak-kanak berusia enam tahun itu turut membonceng motosikal ibunya sekali gus mengalami kecederaan parah di kepala, muka dan tangan.

Sementara itu, kakak Mohd Khairi yang dikenali sebagai Mastura memuat naik satu posting memaklumkan bahawa anak ketiga mangsa masih belum memahami apa yang berlaku.

Lebih memilukan apabila kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun itu masih mencari kelibat ibunya yang sudah pasti merasai kehilangan kasih sayang seorang ibu.

Selain arwah Nur Hasliza dan bayinya, seorang lagi penunggang motosikal Muhamad Shakim Muhamad Zaki, 18, turut dilaporkan meninggal dunia.

Sumber: Harian Metro (Syaherah Mustafa) , Facebook Mastura Mahadi


Dua beranak maut, pilu anak lelaki belum faham bertanya 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list