
LONDON – Seorang model dan bekas ratu cantik nekad menukar haluan kerjaya apabila menyertai latihan sebagai pemandu kenderaan barangan berat (HGV), lapor akhbar Metro News UK, kelmarin.
Milly Everatt, 22, ialah Miss Lincolnshire dan seorang finalis dalam pertandingan ratu cantik, Miss England.
Gadis itu mendapat inspirasi untuk belajar memandu kenderaan seberat 44 tan itu selepas kombinasi wabak Covid-19 dan Brexit menyebabkan Britain berdepan kekurangan pemandu HGV, tambahan pula, pekerjaan tersebut menawarkan gaji lumayan £50,000 (RM283,370).
“Saya fikir kita berada di zaman moden dan tiada apa yang boleh menghalang gadis seperti saya terlibat dalam dunia yang didominasi lelaki.
“Saya mahu membuktikan bukan hanya lelaki berusia 40-an yang mampu melakukan kerja ini dan jika ia memberi inspirasi kepada wanita lain untuk melakukan perkara yang sama,” kata Everatt.
Meskipun berjaya di pentas peragaan, mendapatkan lesen HGV sentiasa berada dalam senarai perkara yang perlu dilakukan oleh Milly.
“Saya sepatutnya melakukannya pada usia 18 tahun tetapi penularan wabak Covid-19 berlaku jadi saya menangguhkannya.
“Kekurangan pemandu HGV pada tahun lepas benar-benar mendorong saya untuk mendapatkannya semula,” jelasnya. – Agensi
Baca Artikel Menarik:
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Related
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo