Artikel Terkini

ECRL mampu tangani kesesakan jalan raya musim perayaan

ECRL mampu tangani kesesakan jalan raya musim perayaan
ECRL mampu tangani kesesakan jalan raya musim perayaan 1

BANGI, 2 Syawal 1443H, Selasa – Masalah kesesakan jalan raya khususnya ke arah pantai timur pada setiap kali musim perayaan dijangka dapat diselesaikan selepas Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) siap penghujung 2026.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, tempoh perjalanan ke wilayah berkenaan ketika ini yang mengambil masa lebih tujuh jam, bakal disingkatkan kepada sekitar empat jam.

“Untuk jalan balik ke pantai timur (perayaan) memang jauh lebih sesak daripada biasa, jadi ini mungkin dapat diselesaikan dengan pembinaan ECRL yang dijangka siap akhir 2026.

“Jadi dengan ECRL mereka yang hendak balik ke wilayah sana hanya memerlukan empat jam sahaja dan macam Terengganu dahulu tiada kereta api, tetapi sekarang sudah ada. Ini akan membantu rakyat di wilayah berkenaan,” katanya seperti dipetik akhbar tempatan, hari ini.

Projek ECRL sepanjang 665 kilometer membabitkan 59 terowong dianggarkan menelan kos RM50.27 bilion, merangkumi kerja pembinaan di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Dalam masa sama, beliau berkata, situasi hampir semua jalan utama seluruh negara terkawal meskipun berlaku kesesakan di kebanyakan negeri.

Namun setakat ini tiada kemalangan dahsyat dilaporkan berlaku.

Katanya, selain menyekat kenderaan berat memasuki jalan utama dan Persekutuan, situasi terkawal itu juga didorong pemberian tol percuma serta kempen keselamatan jalan raya yang dilakukan kerajaan.

“Kita menyekat kenderaan berat di jalan utama dan jalan Persekutuan kerana apabila dicampuradukkan kenderaan biasa dan berat ini menyebabkan orang tidak sabar menunggu, mereka potong dan itu yang akan mengakibatkan kemalangan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

ECRL mampu tangani kesesakan jalan raya musim perayaan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list