Artikel Terkini

Empat hari terokai Brunei – Kosmo Digital

Empat hari terokai Brunei – Kosmo Digital
Empat hari terokai Brunei - Kosmo Digital 1

PENULIS selamat menjejakkan kaki di bumi bertuah, Brunei Darussalam selepas mengharungi dua jam lebih penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2.

Sebelum tiba di sini, sering diri ini dikhabarkan bahawa Brunei merupakan sebuah negara yang membosankan kerana tidak banyak aktiviti pelancongan ditawarkan di situ.

Namun, jangkaan itu meleset setelah penulis menghabiskan masa selama empat hari menerokai negara yang dikategorikan sebagai antara paling kaya di dunia ini.

Sepanjang di Brunei, penulis berkesempatan menginap di inap desa atas air bernama Kunyit 7 Lodge di Kampung Ayer, Bandar Seri Begawan.

Biarpun berada di atas air, Kunyit 7 Lodge menawarkan pemandangan bandar berserta mercu tanda negara Brunei iaitu Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien.

Pemilik inap desa, Puan Kemariah sangat ramah dalam menyantuni kami dan wanita itu banyak berkongsi tentang pengalaman pelancongnya serta maklumat tentang Kampung Ayer.

Inap desa tersebut dihiasi dengan pelbagai lukisan hasil kerja Puan Kemariah sendiri, selain kehadiran dua ekor kucing bernama Countess dan The Flea menambah keceriaan susana di situ.

Aneka hidangan sarapannya sangat enak terutama kuih Melayu.

ereta Diraja yang dipamerkan di Muzium Alat Kebesaran Dirajass
Kereta Diraja antara yang boleh disaksikan di Muzium Alat Kebesaran Diraja.

Penulis telah berpeluang menjelajahi perkampungan yang menempatkan lebih kurang 10,000 warga Brunei serta sebanyak 16 buah sekolah itu dengan menaiki bot.

Untuk pergi dari satu kampung ke kampung lain, masyarakat perlu menaiki teksi air dengan harga $1 (RM3.40) sehingga $3 (RM10) untuk satu-satu perjalanan.

Penulis juga mengambil kesempatan untuk menikmati makan malam sambil ditemani pandangan matahari terbenam di sebuah restoran terkenal bernama Soto Pabo.

Ambuyat merupakan makanan kebangsaan Brunei ss
Ambuyat merupakan makanan kebangsaan Brunei.

Kebanyakan muzium di Brunei dibuka secara percuma dan kesemua muziumnya sangat teratur dan memiliki staf yang peramah.

Antara muzium tersebut adalah Muzium Teknologi Melayu, Muzium Alat Kebesaran Diraja dan Muzium Maritim.

See also  TNG eWallet Lancar GOyang-GOyang, Goncang Telefon Jer & Nikmati Tawaran Hebat!

Penulis juga berkesempatan melawat dan menunaikan solat di masjid-masjid di Brunei yang terkenal dengan keindahannya seperti Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam dan Masjid Ash Shaliheen.

Untuk kepuasan adrenalin, penulis menghabiskan separuh hari di Taman Tema Jerudong yang memiliki pelbagai permainan basah dan kering.

Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam antara masjid yang wajob dikunjungiss
Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam antara yang dikunjungi penulis semasa bercuti di Brunei.

Walaupun tidak boleh dibandingkan dengan taman tema di negara kita atau di Singapura, namun di sini tidak memerlukan pengunjung untuk beratur panjang.

Tidak lengkap percutian di Brunei sekiranya tidak melakukan food hunting makanan terkenal tempatan.

Penulis paling suka nasi katok yang terdiri daripada nasi, sambal serta satu lauk pilihan sendiri sama ada ayam, daging atau ikan.

Selain daripada itu, penulis juga mengesyorkan sesiapa yang bercuti di Brunei untuk mencuba ambuyat, roti kacang dan jollibee.

Pengunjung juga boleh membeli-belah di Tamu Kianggeh pada waktu siang, manakala Pasar Malam Gadong pada waktu malam.

Jangan terkejut, penulis juga sempat menonton filem Pengabdi Setan 2 di pawagam The Mall yang terletak di Bandar Seri Begawan.

Sekiranya berkesempatan, penulis pasti akan kembali ke Brunei untuk bercuti lagi!


Empat hari terokai Brunei - Kosmo Digital 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo