Artikel Terkini

Fokus dasar, bukan nasihat rumah tangga, kata Mujahid kepada Zailah yang ‘keliru’

Fokus dasar, bukan nasihat rumah tangga, kata Mujahid kepada Zailah yang ‘keliru’
Fokus dasar, bukan nasihat rumah tangga, kata Mujahid kepada Zailah yang ‘keliru’ 1

Fokus dasar, bukan nasihat rumah tangga, kata Mujahid kepada Zailah yang ‘keliru’
Mujahid Yusof Rawa menyifatkan video dimuat naik Siti Zailah Mohd Yusoff ‘tidak sesuai.

PETALING JAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mujahid Yusof Rawa berkata Siti Zailah Mohd Yusoff “keliru” dengan peranannya sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Mujahid berkata, sebagai timbalan menteri, Siti Zailah sepatutnya menumpukan dasar dan isu seperti keganasan rumah tangga, perkahwinan kanak-kanak dan gejala sosial, bukannya memuat naik video memberi nasihat rumah tangga.

“Tidak wajar bagi (timbalan) menteri atau wanita memberi nasihat secara terbuka tentang cara suami menegur isteri. Itu jelas menunjukkan dirinya tidak tahu fungsinya dan cuba melakukan perkara lain pula,” katanya kepada FMT.

Siti Zailah pada Sabtu memuat naik klip video dua minit di Instagram menyarankan suami boleh menggunakan “sentuhan fizikal lembut tetapi tegas” untuk menegur isteri. Beliau juga memberi nasihat agar suami memisahkan tempat tidur selama tiga hari sebagai cara menjaga keharmonian rumah tangga, sekiranya berkonflik dengan pasangan mereka.

Dalam pada itu, badan bukan kerajaan, Sisters in Islam menyifatkan Siti Zailah “jahil” dalam mendalami realiti dihadapi wanita.

“Retorik mengatakan suami dibenar mendisiplinkan isteri dibuat tanpa renungan mendalam dan hubungan dengan realiti yang dihadapi wanita. Kenapa beliau tidak menyedari peningkatan kes keganasan rumah tangga dalam tempoh pandemik?”

SIS berkata, naratif suami dibenarkan “memukul isteri dengan lembut” tidak lagi diterima atau dibenarkan, malah di kebanyakan negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Ia turut menyifatkan video yang dimuat naik Siti Zailah memalukan kementerian itu dan kerajaan secara keseluruhan.

“Daripada mendesak kesaksamaan gender serta menghapuskan keganasan rumah tangga membabitkan wanita, beliau memuat naik video menggalak dan menyokong layanan terhadap wanita sebagai individu tidak setara dalam perkahwinan yang menjadi subjek untuk didisiplindan diperbetulkan menggunakan cara fizikal,” kata SIS.


Fokus dasar, bukan nasihat rumah tangga, kata Mujahid kepada Zailah yang ‘keliru’ 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list