Artikel Terkini

Gelaran Premier: Sarawak ada hak pinda Perlembagaan negeri: Prof Shamrahayu

Gelaran Premier: Sarawak ada hak pinda Perlembagaan negeri: Prof Shamrahayu
Gelaran Premier: Sarawak ada hak pinda Perlembagaan negeri: Prof Shamrahayu 1

MELAKA, 19 Rejab 1443H, Isnin – Sarawak mempunyai hak untuk meminda perlembagaannya termasuklah menukar gelaran Ketua Menteri kepada Premier, kata pakar perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz.

Penyandang Kursi Institusi Raja-raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu berkata, pada masa sama pindaan terhadap perlembagaan terbabit perlu selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Apabila saya melihat draf rang undang-undang itu, didapati draf rang undang-undang itu juga menyatakan bahawa ketika mana dijumpai perkataan Ketua Menteri dalam mana-mana undang-undang itu, ia hendaklah dibaca dengan perkataan Premier.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Wacana Ilmu 20 Februari 1956: Mengorak Langkah Menuju Merdeka di Auditorium Panggung Sari, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN) Melaka, hari ini.

Majlis yang dirasmikan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Khaidhirah Abu Zahar itu turut dihadiri Ketua Pengarah Arkib Negara Jaafar Sidek Abdul Rahman.

Pada 15 Februari, DUN Sarawak meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 yang mengandungi klausa untuk menukar gelaran jawatan ‘Ketua Menteri’ kepada ‘Premier’ dengan majoriti lebih dua pertiga ahli dewan menyokongnya.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang membentangkan rang undang-undang itu berkata, pindaan gelaran jawatan Ketua Menteri kepada ‘Premier’ itu hanya akan berkuat kuasa selepas diwartakan. – Bernama

 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Gelaran Premier: Sarawak ada hak pinda Perlembagaan negeri: Prof Shamrahayu 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list