Artikel Terkini

Grown In Good Nature Lancarkan Kempen “Anytime Is Grape Time’ Bagi Pasaran Malaysia, Nikmati Kelazatan Buah Anggur Dari Australia

Grown In Good Nature Lancarkan Kempen “Anytime Is Grape Time’ Bagi Pasaran Malaysia, Nikmati Kelazatan Buah Anggur Dari Australia
Grown In Good Nature Lancarkan Kempen “Anytime Is Grape Time’ Bagi Pasaran Malaysia, Nikmati Kelazatan Buah Anggur Dari Australia 1

Wah! Musim menuai dari negara Australia kini telah kembali sekali lagi untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati beberapa buah anggur yang enak, lazat serta berkhasiat. 

Terbaharu, jenama pengeluar buah anggur terkemuka dari Australia, Grown in Good Nature, dibawah sub-jenama oleh Hort Innovation selaku pengeskport serta pemasaran perdagangan antarabangsa, telah melancarkan kempen terbaharu iaitu ‘Anytime Is Grape Time’. 

Pelancaran kempen ini, sebagai tanda permulaan musim buah anggur yakni telah pun bermula dari November hingga Mei dengan tempoh pasaran eksport bermula dari Januari hingga Mei. 

Grown In Good Nature Lancarkan Kempen “Anytime Is Grape Time’ Bagi Pasaran Malaysia, Nikmati Kelazatan Buah Anggur Dari Australia

Terdapat dalam lebih daripada 40 jenis, anggur dari Australia terkenal dengan rasa yang sangat enak dan kaya dengan pelbagai khasiat. Bagi yang tidak tahu, buah anggur ini kebiasanya berwarna merah, hitam atau hijau dan dikategorikan kepada dua – berbiji dan tanpa biji. Thompson Seedless, Flame Seedless, Crimson Seedless dan Red Globe adalah antara empat jenis anggur yang paling popular di Australia. 

Buah anggur Australia juga merupakan snek yang sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa. Tambahkan buah-buahan ini ke dalam diet harian anda bagi mendapatkan khasiat antioksidan yang secukupnya. Anggur juga diperkaya dengan khasiat vitaminc C dan B6 yang sememangnya baik untuk kesihatan tubuh badan yang berpotensi mencegah sebarang penyakit kanser.  

Grown In Good Nature Lancarkan Kempen “Anytime Is Grape Time’ Bagi Pasaran Malaysia, Nikmati Kelazatan Buah Anggur Dari Australia Grown In Good Nature Lancarkan Kempen “Anytime Is Grape Time’ Bagi Pasaran Malaysia, Nikmati Kelazatan Buah Anggur Dari Australia 

Jangan ada yang ada tidak tahu, anggur Australia dihasilkan di kawasan penanaman anggur utama di Sunraysia (Mildura dan Robinvale) di Victoria, dan di seluruh Queensland Tenggara. Kawasan pertumbuhan lain termasuk Carnarvon dan Lembah Swan di Australia Barat, daerah Riverina di Central New South Wales, South Australian Riverland dan tengah Wilayah Utara.

See also  Mydin beri diskaun untuk pemegang kad perakuan media

Untuk mendapatkan buah anggur Australia yang sangat digemari ramai ini, boleh pergi ke mana-mana pasar raya yang telah mengambil bahagian termasuk AEON, Jaya Grocer, TFP Retail, Lotuss, GCH Retail, Whole Foods Express dan Star Grocer untuk menikmati rasa buah anggur yang manis dan segar lagi sempurna.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web, https://australiangrapes.com.au/consumer/

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

Grown In Good Nature Lancarkan Kempen “Anytime Is Grape Time’ Bagi Pasaran Malaysia, Nikmati Kelazatan Buah Anggur Dari Australia

Baca artikel berikutnya: Tanam Bunga Matahari Macam Ni Tak Sampai 3 Bulan Dah Berbunga Cantik

 

Grown In Good Nature Lancarkan Kempen “Anytime Is Grape Time’ Bagi Pasaran Malaysia, Nikmati Kelazatan Buah Anggur Dari Australia 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo