Artikel Terkini

Gurau konon sewa, Wawa Zainal hadiah suami Lamborghini

Gurau konon sewa, Wawa Zainal hadiah suami Lamborghini
Gurau konon sewa, Wawa Zainal hadiah suami Lamborghini 1

Aktres dan usahawan Wawa Zainal berkongsi rasa gembira apabila dapat menghadiahkan suaminya, Aeril Zafrel sebuah kereta mewah Lamborghini Aventador.

Menerusi satu video kejutan dimuat naik di laman Instagram, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal menyifatkan hadiah itu adalah ganjaran buat suaminya setelah melalui susah senang bersama selama ini.

Aktres berusia 31 tahun itu berkata, suaminya yang juga seorang aktor telah menjadi ‘tulang belakang’ di sebalik kejayaan diraih sepanjang enam tahun menjalankan perniagaan pelbagai produk.

“Sayang… hadiah ini tak seberapa kalau dibandin kan dengan segala pengorbanan yang kau buat untuk keluarga kita selama ini..
“Hampir 6 tahun bisnes.. Wawa rasa this is the time to reward @aeril_zafrel benda yang dia idamkan selama ni. Dia la tulang belakang di setiap kejayaan Wawa. TQ sayang for everything,” tulisnya.

Video berdurasi tersebut memaparkan Aeril nama sebenarnya Suhairul Sunari seolah-olah tidak menjangka menerima kereta berwarna kuning itu selepas melakukan pandu uji.

Malah, aktor drama Tercipta Satu Ikatan itu dilihat terkejut selepas Wawa menghulurkan geran sekali gus sukar untuk menerima kenyataan bahawa dia akhirnya dapat memiliki kereta idaman.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut mengucapkan tahniah atas kurniaan rezeki itu selain mendoakan agar pasangan tersebut kekal bahagia hingga ke syurga.

Terdahulu, Wawa dan Aeril berkahwin pada tahun 2012 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, 2, dan Muhammad Fahri yang kini berusia lima bulan.

Sumber: Instagram Wawa Zainal


Gurau konon sewa, Wawa Zainal hadiah suami Lamborghini 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar

Back to list