Artikel Terkini

Hampir 9,000 kakitangan KKM dijangkiti COVID-19 tahun ini

Hampir 9,000 kakitangan KKM dijangkiti COVID-19 tahun ini
Hampir 9,000 kakitangan KKM dijangkiti COVID-19 tahun ini 1

KUALA LUMPUR, 15 Rejab 1443H, Khamis – Kira-Kira 8,940 pekerja penjagaan kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) dijangkiti COVID-19 sejak 1 Januari hingga 16 Februari.

Jumlah berkenaan meningkat mendadak daripada 284 kes pada minggu pertama kepada 3,343 kes pada minggu keenam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“Sejumlah 5,711 pekerja kesihatan didapati tidak dapat hadir bekerja kerana positif COVID-19, manakala 3,119 lagi tidak hadir bekerja berikutan kontak rapat.

“Secara keseluruhannya, kira-kira 3.1 peratus daripada jumlah tenaga kerja di KKM tidak dapat hadir bekerja.

“Walaupun bilangan pekerja kesihatan dijangkiti COVID-19 meningkat mendadak, namun kira-kira 80.3 peratus daripada mereka sudah mendapatkan dos penggalak masing-masing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham menjelaskan, kira-kira 93.3 peratus daripada keseluruhan pesakit COVID-19 menjalani kuarantin diri di rumah berikutan pemantauan dijalankan secara digital.

Katanya, bagi mengelakkan berlaku kekangan kepada tugasan di lapangan, KKM telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan gangguan yang minimum terhadap perkhidmatan dan menjaga pesakit COVID-19 ini serta pesakit bukan COVID-19.

Katanya, langkah-langkah yang perlu dan dasar penyesuaian telah diperkenalkan berdasarkan data dan amalan semasa yang tersedia di negara lain.

“KKM juga bekerjasama dengan fasiliti penjagaan kesihatan swasta untuk membantu dalam pengurusan pesakit COVID-19,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Hampir 9,000 kakitangan KKM dijangkiti COVID-19 tahun ini 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list