Infotainment

Hanya Starbucks Yang Masih Dibuka, Lelaki Singapura Terkejut Puteri Harbour Kini Sunyi Tanpa Pengunjung

Hanya Starbucks Yang Masih Dibuka, Lelaki Singapura Terkejut Puteri Harbour Kini Sunyi Tanpa Pengunjung
Hanya Starbucks Yang Masih Dibuka, Lelaki Singapura Terkejut Puteri Harbour Kini Sunyi Tanpa Pengunjung 1

Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Seorang lelaki dari Singapura baru-baru ini tular di media sosial apabila dia berkongsi keadaan terkini Puteri Harbour, Johor Bahru yang ‘kosong dan sunyi’.

Artikel Berkaitan:

Dalam video 59 saat yang dikongsi @joshconsultancy di TikTok, beliau merakam keadaaan terkini pusat komersil di Puteri Harbour yang satu ketika dahulu riuh dengan pelancong dari luar negara.

Menurutnya, tempat itu sebelum ini lengkap dengan pelbagai tarikan menarik terutamanya restoran dan taman tema Thomas Town dan Hello Kitty Town yang kini sudah tidak beroperasi.

@joshconsultancy

See what has happend to Puteri Harbour JB Malaysia #fyp #puteriharbour #puteriharbouriskandarputeri #property #propertyinvestment #buyproperty #joshtan #money #sgmoney #financialfreedom #retire #retirement

♬ Sad and lonely – MoppySound

“Anda boleh lihat di sini hampir semua restoran telah ditutup. Ia kini tersangat sunyi,” katanya dalam video tersebut. Bagaimanapun, hanya terdapat satu outlet yang masih beroperasi di situ iaitu Starbucks.

Dalam video tersebut juga, beliau turut menunjukkan lokasi satu apartment berdekatan pusat komersil itu yang menurutnya tiada siapa lagi tinggal di situ.

“Saya masih ingat kali terakhir saya ke sini, iaitu sekitar 5 tahun lalu, kawasan ini masih sibuk,” katanya. Josh turut berkata andai kita membeli sesuatu hartanah atau membuat pelaburan di luar, kita tidak boleh jangka apa yang akan berlaku 5 hingga 10 tahun akan datang.

Puteri harbour Komen
Antara komen yang ditinggalkan oleh netizen

Netizen yang menonton video tersebut turut berkongsi pengalaman mereka ke Puteri Harbour semasa ia masih happening dan menjadi tarikan pengunjung luar negara. Tetapi ada netizen yang memberi komen memberitahu kawasan ini masih ‘hidup’ di malam hari kerana orang masih ke sini kerana pemandangannya yang indah di waktu malam.

See also  Balik Kampung highway CCTV, monitor traffic ahead!

Rata-rata berkata lokasi kawasan ini yang ‘agak hulu’ dan tidak mesra kenderaan awam menjadi salah satu punca mengapa lokasi ini ‘dilupakan’ oleh penduduk tempatan.


Hanya Starbucks Yang Masih Dibuka, Lelaki Singapura Terkejut Puteri Harbour Kini Sunyi Tanpa Pengunjung 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo