Artikel Terkini

Harap Puteri Sarah terima poligami, bincang giliran hari – Syamsul

Harap Puteri Sarah terima poligami, bincang giliran hari – Syamsul
Harap Puteri Sarah terima poligami, bincang giliran hari - Syamsul 1

KUALA LUMPUR – “Sekiranya tidak dapat terima poligami ini, saya tetap mahu bersemuka dengan Sarah dan berbincang giliran hari.”

Demikian luahan pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang mengakui terkilan tidak dapat bertemu empat mata dengan isterinya, Puteri Sarah Liyana Kamaruddin ketika sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), pagi tadi.

Syamsul yang diwakili sepupunya, Muhammad Nazri bagaimanapun menghormati proses dijalankan selepas sesi berkenaan dibuat secara berasingan yang menyukarkan dirinya mencari titik perdamaian.

“Melalui proses JKP pagi ini saya harap dapat berjumpa Sarah, tapi malangnya proses itu dijalankan secara berasingan. Saya akur dan mengharapkan masalah rumah tangga kami dapat diselesaikan dengan baik.

“Saya juga mahu Sarah menerima poligami ini. Saya mahu berbincang mengenai giliran (bersama isteri-isteri), dalam seminggu berapa hari berjumpa.

“Sebenarnya saya kecewa namun hanya ikut proses mahkamah dan cuma mampu buat yang terbaik,” katanya ketika ditemui selepas proses JKP berakhir yang dianggarkan berlangsung hampir dua jam.

Akui bapa kepada dua cahaya mata itu, perceraian bukan jalan mudah atau menjadi penyelesaian kepada masalah, sebaliknya banyak faktor lain yang perlu difikirkan.

“Orang selalu cakap kenapa saya enggan menceraikan dia. Pertama sekali, kami adalah pasangan suami isteri dan lebih tahu urusan rumah tangga dan hal ‘dalam kain’.

“Hakikatnya ramai orang yang mengalami masalah besar selepas bercerai seperti tuntutan hak penjagaan anak, nafkah dan macam-macam lagi.

“Jadi sebab itulah saya nak sangat bertemu Sarah supaya kami dapat berbincang bersama-sama bagi menyelesaikan hal ini dengan baik dan harmoni. Saya bukan mahu menyerang isteri saya itu. Cuma nak jumpa sahaja,” katanya.

See also  Jangan cari bomoh, pawang selesaikan ketukan misteri

Pada masa sama, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu memaklumkan dia sedia mempertimbangkan permintaan Sarah untuk dilepaskan sekiranya isteri pertamanya itu mahu berjumpa.

“Bukan saya tak cuba jumpa atau hubungi bagi tujuan memujuk sebelum ini. Tapi dia menolak.

“Soal sedia atau tak, saya tak tahu (pasal cerai), mungkin (boleh dipertimbangkan). Ayuh bersemuka,” ulasnya mengenai permohonan Sarah.

Proses yang berlangsung di Jawi membabitkan pasangan tersebut diadakan bersama wakil masing-masing seperti diarahkan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada 7 Mac lalu.

Sarah yang ditemui usai proses perdamaian pagi tadi bagaimanapun memaklumkan, tiada apa yang perlu dirunding atau dibincangkan memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai dengan Syamsul.

Terdahulu Syamsul, 39, enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah ketika prosiding sebutan kes permohonan cerai dikemukakan aktres tersebut di Mahkamah Rendah Syariah, baru-baru ini.

Sebelum itu pada 6 Januari lalu, anak kepada Datuk Yusof Haslam itu menamatkan teka-teki hubungannya dengan Ira Kazar apabila mengakui sudah menikahi wanita itu di Thailand. – KOSMO! ONLINE

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

Harap Puteri Sarah terima poligami, bincang giliran hari - Syamsul 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo