Artikel Terkini

Israel enggan kerjasama dengan Suruhanjaya PBB siasat jenayah terhadap Palestin

Israel enggan kerjasama dengan Suruhanjaya PBB siasat jenayah terhadap Palestin
Israel enggan kerjasama dengan Suruhanjaya PBB siasat jenayah terhadap Palestin 1

TEL AVIV, 16 Rejab 1443H, Jumaat – Negara haram Israel tidak akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat dakwaan jenayah perang yang dilakukan terhadap rakyat Palestin ketika serangan pada Mei ke atas Gaza.

Menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada ketua suruhanjaya, Navi Pillay, Duta Israel ke PBB, Meirav Eilon Shahar mendakwa kononnya siasatan serta pengerusinya bersikap tidak adil terhadap Israel.

“Adalah jelas kepada negara saya, seperti yang sepatutnya berlaku kepada mana-mana pemerhati yang berfikiran adil, bahawa tidak ada sebab untuk mempercayai bahawa Israel akan menerima layanan yang munasabah, saksama dan tidak diskriminasi daripada Majlis atau daripada Suruhanjaya Siasatan ini (COI).

“COI ini pastinya menjadi satu lagi bab yang menyedihkan dalam usaha untuk menghina negara Israel,” katanya.

Tahun lalu, Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) bersetuju untuk melancarkan siasatan dengan mandat luas bagi menyiasat semua dakwaan pelanggaran yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin berikutan serangannya pada Mei ke atas Gaza – yang membunuh sekurang-kurangnya 248 rakyat Palestin termasuk lebih 60 kanak-kanak.

Sebelum ini, bekas Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet memberitahu UNHRC bahawa serangan maut Israel ke atas Gaza ketika itu mungkin jenayah perang.

Sejak itu, beberapa kumpulan hak asasi antarabangsa, termasuk Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) berkata, serangan Israel nampaknya jenayah perang. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Israel enggan kerjasama dengan Suruhanjaya PBB siasat jenayah terhadap Palestin 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list