Artikel Terkini

‘Itupun Tak Boleh Fikir Ke’ Awasi Proses Gaslighting Dalam Rumah Tangga

‘Itupun Tak Boleh Fikir Ke’ Awasi Proses Gaslighting Dalam Rumah Tangga
‘Itupun Tak Boleh Fikir Ke’ Awasi Proses Gaslighting Dalam Rumah Tangga 1
proses-gaslighting

Menurut Dr Raja Kamariah Raja, dalam drama ‘Bisik Bisik Gelora’ ada banyak babak berlaku proses gaslighting dalam rumah tangga toksid.

Bermaksud, babak yang berbentuk penderaan emosi sehingga bila emosi mangsa telah dimanipulasi, dia menjadi ragu-ragu dengan pemikiran, tingkah laku malah perasaan sendiri.

Baik suami mahupun isteri, perlu hadam kan ilmu penting ini. Kerana apabila berada dalam sebuah perhubungan toksid, proses gaslighting boleh berlaku.

Jangan sampai suami isteri tidak menyedarinya.

Proses Gaslighting Dalam Rumah Tangga

Sebenarnya saya tertengok cerita ‘Bisik Bisik Gelora’ sambil tunggu Azan Magrib untuk berbuka puasa. Banyak perkara dalam drama tu yang perlu masyarakat tahu (saya rasa nak cadang, setiap drama ni ada ‘pocket info’ ,

  • jangan lakukan ini di rumah / amaran
  • sikap seumpana ini perlu dielakkan)

Banyak nak kupas, tapi satu je dulu ye.

Drama ni menunjukkan bagai mana terdapat banyak babak babak ‘gaslighting’. ‘Gaslighting’ ini ialah bentuk penderaan emosi, yang melibatkan manipulasi terhadap emosi/perasaan seseorang sehingga menyebabkan mangsa mempersoalkan,

  • pemikiran, tingkahlaku atau perasaan mereka betul atau tidak
  • timbul rasa ragu ragu
  • macam ‘ye ke aku buat ni?’ ‘betul ke Tindakan aku ni?’ , ‘memang aku lah yang salah… tak fikir dulu sebelum cakap.’ Sehingga la terpaksa ‘berkorban’

Kalau perasan, Jad selalu sebut ‘Itu pun tak boleh fikir ke?’ secara berulang ulang kali – ini antara boleh menyebabkan seseorang (mangsa) mempersoalkan diri mereka sendiri. Serba salah jadinya… tambah plak bila Jad selalu juga sebut ‘itu pun aku nak kena fikirkan ke?’ dan semua ini adalah salah satu proses ‘gaslighting’ / ‘brain washing’ dalam hubungan toksid.

Tanda-tanda Arumi Telah Lalui Proses Gaslighting

Tanda – tanda Arumi telah lalui proses gaslighting’ ni ialah bila Arumi rasa dia tidak lagi seperti dulu. Dulu pandai melawan, sekarang tidak.. cepat cemas (tambahan pula dia ada anxiety – haa bab ni bagus, dia paparkan bagaimana dia handle anxiety dia).

Kalau uols perasan, Arumi juga dah mula persoalkan kesalahan dia, kelemahan dia dan akhirnya menjadikan seorang yang sering meminta maaf. Walau pun tak salah.

Sebenarnya, kalau Arumi tau hak dia, dan dia pun dah tak tahan dengan toxic relationship ni, dia boleh je buat laporan polis.

1. Arumi boleh buat laporan polis, sebab didera secara emosi seperti dalam Akta Keganasan Rumahtangga (AKRT):
AKRT 1994 – “sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal – ni ada Jad cakap ‘jangan sampai aku buat kau…’
Pindaan AKRT 2012 pula menyebut – “menyebabkan penderaan psikologi termasuk kecederaan emosi pada mangsa” – ni banyak kali Jad buat Arumi – ugutan, tengking, mengugut, dan sebagainya

2. Satu lagi, Jad ada isu panas baran – kena ingat, panas baran ni, selalu nya mempunyai dikotomi ekstrem – sangat sangat panas baran DAN sangat sangat romantik (tak ada tengah tengah)
Tolong lah Ali, bawa Jad pergi jumpa Psikologist atau Psikiatrik untuk rawatan.

Paling utama, selagi orang ini tidak mendapat rawatan, dia ada ‘trigger point’ – at anytime, walau baik macam mana, sikap dia yang suka herdik, marah, dan sebagainya akan datang semula. Cuma dalam drama ni, Jad belum guna keganasan secara fizikal terhadap Arumi je.

Dan Jad juga tidak ada empati – self centered sebab di hanya fikirkan emosi dia pemikiran dia. Dia hanya nampak Arumi susahkan dia sbb dia selalu kata ‘kenapa kau selalu susahkan aku’ berulang kali – tanda orang yang tiada empati.

Baca sini : Suami Cakap Tak Lapik Lebih Mendera Emosi Isteri, Bisanya Boleh Robohkan Tiang Rumah Tangga

Fahamkan Kitaran Keganasan Rumah Tangga

Saya nak juga maklumkan kat semua, Keganasan Rumahtangga ni ada kitarannya.

Fasa Ketegangan

Memula Fasa Ketegangan (yang masa episod gaduh gaduh dan Arumi masih balas balik kat Jad bila Jad marah)

Proses Gaslighting

Pastu bila lalui proses ‘gaslighting’ Arumi dah tak balas dah. Minta maaf je. Ni nama nya Fasa Keganasan (walau bukan fizikal, tapi mental dan emosional lah dalam drama ni)

Fasa Kemaafan

Tapi lepas tu jangan terpedaya bila dah masuk seterusnya iaitu Fasa Kemaafan… haaa minta maaf…. nanges nanges, taubat, janji tak buat lagi, beli hadiah (ayat ayat cinta – ni pernah terjadi dalam episod Jad ajak Arumi shopping)

Fasa Honey Moon

Masa ni, memanglah kita rasa dia dah berubah, dah baik, dah romantic, ambil berat dan sebagainya… tu nama nya Fasa Honey Moon – semua baik belaka.

Pastu dalam jangka masa panjang. Kalau tak bawa ke rawatan psikologi ke.. kaunselor perkahwinan ke.. tendency untuk berulang tu ada.

Saya harap baik perempuan, baik lelaki, tahu ilmu ini.. yang ada dalam diri, tolong cari pertolongan dari pakar. Dan yang sedang lalui, fikirkan lah… tindakan wajar yang perlu diambil.

Soalan: Boleh kah orang macam Jad ni berubah? Jawabnya BOLEH. Dengan syarat dapatkan rawatan psikologi. Dan mereka boleh happily ever after.

* Untuk makluman, semua teknik dan ilmu ni ada pada SKUAD WAJA – so, tingkatkan ilmu, jom join SKUAD WAJA supaya kita sama sama ada ilmu dan bijak bertindak. Kalau tidak untuk diri sendiri, mana tau dapat bantu orang lain juga!

Sumber/Foto : Raja Kamariah Raja

‘Itupun Tak Boleh Fikir Ke’ Awasi Proses Gaslighting Dalam Rumah Tangga 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list