Artikel Terkini

Jangan Uji Sabar Suami Jika Dia Tidak Bernasib Baik Jadi Pemberi Nafkah.

Jangan Uji Sabar Suami Jika Dia Tidak Bernasib Baik Jadi Pemberi Nafkah.
Jangan Uji Sabar Suami Jika Dia Tidak Bernasib Baik Jadi Pemberi Nafkah. 1
Jangan Uji Sabar Suami Jika Dia Tidak Bernasib Baik Jadi Pemberi Nafkah. 2

Tugas seorang suami tentunya mencari nafkah buat keluarga. Tetapi mungkin ada ujian yang Allah turunkan, si suami tidak mampu untuk menjadi pemberi nafkah. Sebagai isteri, pilihlah untuk jadi isteri yang mudah berkompromi.

 

Dalam pelbagai situasi, kepayahan mencari nafkah boleh berlaku. Sudahlah suami rasa tertekan, isteri pula langsung tidak meringankan beban fikiran. Sama-sama fikir dan mencari solusi adalah lebih baik dari terus menuding jari.

 

 

7 situasi pemberian nafkah

Jangan Uji Sabar Suami Jika Dia Tidak Bernasib Baik Jadi Pemberi Nafkah. 3

Dari aspek pemberian nafkah terdapat tujuh situasi berbeza dalam sesebuah institusi rumah tangga. Pertama, suami yang menanggung nafkah meliputi makanan, pakaian, tempat tinggal dan pembiayaan pendidikan anak. Berdosa bagi suami yang menahan nafkah kepada orang di bawah tanggungannya.

Situasi kedua, suami dan isteri sama-sama mampu, memiliki pekerjaan dan sumber ekonomi yang kukuh dan saling meredai pemberian antara satu sama lain.

Seterusnya, wujud keadaan suami dan isteri kurang berkemampuan. Oleh itu, suami perlu meminta reda isteri terhadap sesuatu yang tidak mampu ditunaikan olehnya. Dalam situasi sebegini wujud harta sepencarian yang merujuk kepada harta benda diperoleh daripada usaha suami isteri.

Jangan Uji Sabar Suami Jika Dia Tidak Bernasib Baik Jadi Pemberi Nafkah. 5
fikryibrahimhijrah

Contohnya, penyertaan isteri dalam kerja suaminya seperti mengiringi perjalanan untuk menjalankan perniagaan dianggap sebagai sumbangan pada perolehan harta. Penyertaan isteri memberi kedamaian dan ketenteraman kepada suami sehingga berjaya dalam pekerjaannya.

Tidak dapat disangkal lagi, setiap individu perlu memiliki kelulusan memuaskan bagi mendapat pekerjaan. Realiti dalam dunia serba moden hari ini, kita melihat semakin ramai wanita bekerja dalam pelbagai sektor.

Sebilangan besar bekerja untuk memberi nafkah kepada ibu bapa, membantu suami dalam perbelanjaan rumah tangga atau mungkin juga untuk diri sendiri. Dalam situasi sebegini, suami perlu meminta reda isteri, manakala isteri perlu melafazkan reda terhadap nafkah dan lafaz hutang.

Suami perlu faham walaupun isteri bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, tanggungan suami memberikan nafkah zahir tidak hilang secara automatik, biarpun pendapatan isteri jauh lebih besar daripada suami.

Jangan Uji Sabar Suami Jika Dia Tidak Bernasib Baik Jadi Pemberi Nafkah. 7
Untitled design – 2019-10-24T115547.545

Isteri perlu bertimbang rasa

Di samping itu, menjadi kewajipan suami untuk melunaskan kembali tanggungjawabnya apabila mampu memberi nafkah kepada isteri dan ahli keluarganya walaupun sebelum ini berdepan masalah kewangan.

Sementara itu, isteri perlu memiliki sifat bertimbang rasa, sabar dan memahami pasangan ketika berhadapan dengan kesusahan dan kepayahan mencari nafkah. Oleh itu, isteri dinasihatkan tidak memaksa suami untuk membeli barangan keperluan yang mahal.

Allah SWT tidak pernah menyulitkan hamba-Nya dan sentiasa memberi kemudahan buat umatnya. Jika pasangan suami isteri hidup dalam serba daif, maka ibu bapa pasangan digalak menghulurkan bantuan. Bagaimanapun, apabila suami isteri telah mampu. mereka disaran membayar balik segala bantuan yang telah diberikan.

Jangan Uji Sabar Suami Jika Dia Tidak Bernasib Baik Jadi Pemberi Nafkah. 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list