Artikel Terkini

Jika Nak Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan Tempah Hingga Akhir Bulan Ini, Ia Bakal Diperkenalkan Semula

Jika Nak Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan Tempah Hingga Akhir Bulan Ini, Ia Bakal Diperkenalkan Semula
Jika Nak Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan Tempah Hingga Akhir Bulan Ini, Ia Bakal Diperkenalkan Semula 1
Jika Nak Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan Tempah Hingga Akhir Bulan Ini, Ia Bakal Diperkenalkan Semula 2
Port photo created by tawatchai07 – www.freepik.com

Sejak 15 Jun 2020, kerajaan telah memperkenalkan insentif pengecualian cukai jualan kenderaan bagi membantu pemulihan ekonomi akibat pandemik COVID-19. Ia diperkenalkan bukan sahaja untuk memberi kemudahan beli kenderaan kepada orang ramai malah turut membantu industri automotif agar dapat terus berdaya saing.

Selepas ia diperkenalkan sebanyak 868,422 unit kenderaan telah terjual dengan pembeli dapat manfaat pengecualian cukai berjumlah RM4.7 bilion.

Jika Nak Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan Tempah Hingga Akhir Bulan Ini, Ia Bakal Diperkenalkan Semula 3
Port photo created by tawatchai07 – www.freepik.com

Memandangkan keadaan hampir pulih seperti sedia kala semula kerajaan memutuskan tiada pelanjutan bagi pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang yang dijadual berakhir pada 30 Jun ini.

Walau bagaimanapun Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembeli yang membuat tempahan sehingga 30 Jun ini masih layak menikmati insentif tersebut.

Jika Nak Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan Tempah Hingga Akhir Bulan Ini, Ia Bakal Diperkenalkan Semula 5
Foto: Astro Awani

Dengan kata lain jika anda ingin nikmati insentif ini lakukanlah tempahan sebelum tarikh tersebut dan perlu pastikan ia didaftarkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum 31 Mac 2023.

Ujarnya menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MoF) hari ini, lanjutan tempoh pendaftaran kenderaan ini merupakan satu penyelesaian titik tengah bagi mengimbangi kepentingan pengguna dan hasil cukai negara yang perlu ditingkatkan semula pasca-pandemik bagi memastikan kebajikan rakyat dan kesejahteraan ekonomi negara terus terpelihara.

Namun, jelas Tengku Zafrul, dengan pembukaan sektor ekonomi termasuk sektor automotif yang telah kembali beroperasi seperti sedia kala, masih terdapat sejumlah permintaan yang masih belum dapat dipenuhi ekoran gangguan kepada rantai bekalan global.

Jika Nak Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan Tempah Hingga Akhir Bulan Ini, Ia Bakal Diperkenalkan Semula 7

“Pada masa yang sama, seluruh dunia sedang menghadapi masalah kekurangan cip mikro semikonduktor yang digunakan secara meluas merentas beberapa industri termasuk industri automotif.

“Berikutan permasalahan ini, sebanyak 264,000 unit kenderaan yang ditempah dalam tempoh pengecualian ini masih belum siap pemasangan dan tidak dapat dibekalkan kepada pembeli,” katanya.

Kerajaan sebelum ini telah melanjutkan tiga kali pengecualian sepenuhnya cukai jualan ke atas kenderaan penumpang termasuk kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV) pemasangan tempatan dan 50 peratus pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang import (CBU).

Sumber: Astro Awani

Jika Nak Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan Tempah Hingga Akhir Bulan Ini, Ia Bakal Diperkenalkan Semula 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list