Artikel Terkini

Johor Di Sebalik Tiga Koalisi Besar

Johor Di Sebalik Tiga Koalisi Besar
Johor Di Sebalik Tiga Koalisi Besar 1

Semenjak Langkah Sheraton, lanskap politik Malaysia telah menyaksikan kewujudan tiga koalisi besar yang bersaing sesama sendiri untuk memenangi hati pengundi. Yang pertama dan terulung pastilah Barisan Nasional (BN) yang merupakan the grand old coalition dalam politik Malaysia. Pesaing utama BN adalah koalisi yang kita kenali sebagai Pakatan Harapan (PH) yang boleh kita telusuri sejarahnya dari pembentukan Barisan Alternatif pada pilihan raya tahun 1999. Koalisi termuda adalah Perikatan Nasional (PN) yang lahir selepas Langkah Sheraton.

Ketiga-tiga koalisi ini telah pun berjaya membentuk kerajaan, baik di peringkat negeri atau pusat maka tidaklah luar biasa jika persaingan sesama mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang menjadi tumpuan utama.

Namun di sebalik tiga koalisi besar ini, PRN Johor turut menyaksikan penyertaan parti-parti kecil lain yang ingin menduga peluang dan sokongan mereka sebagai persediaan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Warisan (WARISAN), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) adalah antara parti baharu yang telah menyatakan hasrat untuk bertanding dalam PRN Johor ini.

Antara empat parti baharu ini, WARISAN antara yang paling berpengalaman kerana pernah bertanding di Sabah semasa PRU14 bahkan berjaya menubuhkan kerajaan negeri sebelum akhirnya tumbang selepas kalah dalam PRN Sabah pada tahun 2020. PEJUANG pula pernah bertanding dalam PRK Slim pada tahun 2020 menentang BN tetapi kalah teruk.

MUDA dan PBM pula tidak pernah mempunyai pengalaman bertanding dalam mana-mana pilihan raya walaupun ketika PRN Melaka tahun lalu, MUDA pernah menyatakan hasrat untuk bertanding tetapi kemudiannya tarik diri setelah gagal merundingkan pembahagian kerusi dengan koalisi besar PH.

MUDA bagaimanapun berjaya merundingkan pembahagian kerusi bagi PRN Johor dan mereka telah mengesahkan bakal bertanding di enam kerusi ehsan dari DAP dan AMANAH, dan berkemungkinan besar dengan tambahan lagi tiga kerusi jika rundingan bersama PKR berjaya.

Dengan pakatan strategik yang berjaya dimeterai bersama PH untuk mengelakkan pertembungan, MUDA dilihat berpotensi besar untuk menang setidaknya satu kerusi dalam PRN Johor. Ini akan memberikan keyakinan moral dan peluang bagi parti yang masih muda ini membuktikan kebolehan mereka membawa politik khidmat dan politik dasar yang dicanangkan.

PEJUANG pula telah mengumumkan keputusan akan bertanding di 42 kerusi majoriti Melayu yang berkemungkinan besar akan turut ditandingi oleh UMNO dari BN dan BERSATU serta PAS dari PN. Kehadiran PEJUANG untuk masuk bertanding dengan jumlah kerusi yang banyak mungkin mengejutkan tetapi ada sebabnya kenapa.

Berkemungkinan besar, PEJUANG telah membaca keputusan PRN Melaka tiga bulan sudah yang menunjukkan undi Melayu terpecah antara UMNO dan BERSATU. Oleh itu senario yang sama mungkin berulang di Johor dan ia boleh membuka peluang untuk PEJUANG melakukan kejutan di beberapa kerusi yang undinya pecah ketara.

WARISAN pula walaupun telah bertanding dalam PRU14 dan PRN Sabah serta berpengalaman luas, dilihat tidak mempunya peluang secerah MUDA dan PEJUANG di Johor. Ini kerana WARISAN masih dilihat sebagai parti regional dari Sabah yang tidak mungkin mampu meluaskan sayapnya di Semenanjung. Ketiadaan sokongan akar umbi dan jentera parti akan menyukarkan WARISAN, apa lagi jika mereka tidak mempunyai rakan strategik seperti mana MUDA mempunyai PH.

Namun dari kesemua tiga parti baharu ini, yang paling tidak mempunyai peluang dan kemungkinan bakal hilang deposit jika masuk bertanding adalah PBM. Sehingga kini masih ramai yang tidak mengetahui tentang PBM, jauh sekali merasa perlu untuk memberikan sokongan kepada parti ini. Jalan terbaik untuk PBM adalah melupakan PRN Johor dan sebaliknya memberikan tumpuan persediaan pada PRU15 nanti.

Bagaimana nasib keempat-empat parti baharu ini dalam PRN Johor nanti akan hanya kita ketahu selepas undi dalam peti habis dikira.

Tetapi jika dicongak secara kasar, boleh kita katakan MUDA paling berpotensi untuk menang dua atau tiga kerusi jika kena kempennya. PEJUANG mungkin bernasib baik jika ada satu atau dua kerusi majoriti Melayu yang memperlihatkan undi terpecah pada skala besar antara BN dan PN (juga PH).

Manakala WARISAN dan PBM, lebih baik jika mereka melupakan sahaja PRN Johor. Ini medan perang tiga koalisi besar, ibarat gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah.


Johor Di Sebalik Tiga Koalisi Besar 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list