Artikel Terkini

Jokowi dedah lebih sejuta rakyat Indonesia pilih Malaysia untuk berubat

Jokowi dedah lebih sejuta rakyat Indonesia pilih Malaysia untuk berubat
Jokowi dedah lebih sejuta rakyat Indonesia pilih Malaysia untuk berubat 1

PETALING JAYA – Presiden Indonesia, Joko Widodo mendedahkan hampir dua juta rakyatnya memilih untuk berubat di luar negara republik itu terutamanya ke Malaysia.

Joko Widodo atau turut dikenali sebagai Jokowi melalui Twitternya berkata, lebih sejuta rakyat Indonesia telah berubat ke hospital di Malaysia, 750,000 ke Singapura manakala lebihannya mendapatkan rawatan ke Jepun, Amerika Syarikat (AS), Jerman dan lain-lain negara.

Oleh kerana itu katanya, Indonesia telah mengalami kerugian sebanyak Rp165 triliun (RM 48.31 juta) kerana modal khidmat perubatan keluar.

“Karana itulah, pemerintah mendukung penuh pembangunan hospital bertaraf antarabangsa. Seperti hari ini, saya merasmikan Hospital Mayapada Bandung yang menggunakan tema hijau.

“Kehadirah hospital moden ini dilihat dapat mengurangkan jumlah rakyat kita untuk berubat ke luar negara,” tulisnya hari ini.

Menjengah di ruangan komen ternyata, ramai rakyat Indonesia lebih mempercayai perubatan moden terutamanya hospitaliti di Malaysia berbanding negara lain kerana lebih murah dan berkesan.

“Di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Selangor, kemudahan dan teknologi hospital di sana cukup moden dan teratur. Saya sudah berubat di Indonesia beberapa kali namun penyakit saya tidak diketahui.

“Sekali sahaja saya ke Malaysia, dengan hanya upah RM100 saya sudah dapat tahu penyakit sebenar yang dihidapi saya iaitu masalah dalam kerongkong,” ujar ArifGilang.

“Dari testimoni-testimoni di Twitter ini dapat disimpulkan ramai rakyat kita pergi terus ke Melaka, Penang dan Singapura karana memang lebih meyakinkan,” kata Agil.

“Bapa mertua saya pada 2020 ada tumor hati dengan ukuran 9 CM, di Indonesia perlu diadakan pembedahan yang memakan modal jutaan ringgit.

“Terus ke Pulau Pinang, doktor di sana hanya bagi ubat dan sekarang telah sembuh,” Kata Gamersujung. – KOSMO! ONLINE.

See also  Meerqeen penat tepis gosip cinta dengan wanita

 


Jokowi dedah lebih sejuta rakyat Indonesia pilih Malaysia untuk berubat 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo