Artikel Terkini

Juara Vietnam Next Top Model Musim Ketujuh Kini Bergelar Miss Universe Vietnam 2022

Juara Vietnam Next Top Model Musim Ketujuh Kini Bergelar Miss Universe Vietnam 2022
Juara Vietnam Next Top Model Musim Ketujuh Kini Bergelar Miss Universe Vietnam 2022 1
Juara Vietnam Next Top Model Musim Ketujuh Kini Bergelar Miss Universe Vietnam 2022 2
Kredit foto: Instagram Miss Universe Vietnam

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Usaha dan kegigihan tidak akan sia-sia andai berani menyahut cabaran. Pepatah ini sesuai diumpamakan kepada wanita berusia 28 tahun ini apabila dia akhirnya berjaya memenangi gelaran Miss Universe Vietnam 2022 sekaligus mengalahkan 70 peserta yang lain.

Nguyen Thi Ngoc Chau bukanlah nama asing dalam dunia peragaan dan ratu cantik di negaranya. Beliau sebelum ini pernah memenanangi rancangan realiti Vietnam Next Top Model pada tahun 2016 ketika berusia 22 tahun.

Juara Vietnam Next Top Model Musim Ketujuh Kini Bergelar Miss Universe Vietnam 2022 3
Kredit foto: Instagram Miss Universe Vietnam

Kemudian pada tahun 2018, dia telah memenangi pertandingan Miss Supranational Vietnam 2018 sekaligus mewakili negaranya ke peringkat antarabangsa. Tidak pulang dengan tangan kosong, wanita tinggi lampai ini berjaya berada dalam kedudukan 10 terbaik dan diberikan gelaran Miss Supranational Asia 2018.

Sebagai veteran dalam dunia peragaan dan ratu cantik, semestinya tekanan untuk menempa kejayaan menjadi lebih hebat. Namun dia membuktikan dengan segala pengalaman yang dimiliki, dia adalah individu yang tepat untuk mewakili negaranya.

Juara Vietnam Next Top Model Musim Ketujuh Kini Bergelar Miss Universe Vietnam 2022 5
Kredit foto: Instagram Ngoc Chau

Daripada 71 peserta diperingkat awal kemudiannya dikecilkan kepada 41 peserta untuk tampil di pentas finale, dia berjaya menembusi ke jajaran 16 peserta terbaik sebelum diumumkan sebagai Top 10. Setelah menempuhi cabaran pakaian renang dan juga persembahan gaun petang, Ngoc Chau akhirnya diumumkan sebagai salah seorang peserta Top 5.

Di peringkat lima terbaik ini, masing-masing diberikan soalan yang berbeza-beza untuk dijawab. Setelah melalui cabaran ini, para finalis kemudiannya dikecilkan lagi menjadi tiga peserta terbaik dan mereka menerima soalan yang sama sebagai penentu kepada pihak juri memilih siapakah yang terbaik.

Juara Vietnam Next Top Model Musim Ketujuh Kini Bergelar Miss Universe Vietnam 2022 7
Kredit foto: Instagram Miss Universe Vietnam

Mengiringi dirinya sebagai Miss Universe Vietnam yang baharu, Le Thao Nhi dinobatkan sebagai naib juara dan Huynh Pham ThuyTien pula berada di kedudukan ketika. Mereka masing-masing menerima mahkota dan hadiah iringan sebagai habuan kejayaan.

Miss Universe Vietnam 2022 kali ini menampilkan barisan juri profesional termasuklah tiga bekas pemenang Miss Universe iaitu Harnaaz Sandhu, Catriona Gray dan Natalie Glebova. Setakat ini Vietnam sudah lima kali berjaya bergelar semi-finalis di pentas utama Miss Universe dan kejayaan tertinggi dicapai oleh Miss Universe Vietnam 2017, H’Hen Nie apabila dia menjadi peserta Top 5 di Miss Universe 2018.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Juara Vietnam Next Top Model Musim Ketujuh Kini Bergelar Miss Universe Vietnam 2022 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list