Artikel Terkini

Kahwin guna duit sendiri, bekas menantu nafi buat majlis ditanggung Chef Wan

Kahwin guna duit sendiri, bekas menantu nafi buat majlis ditanggung Chef Wan
Kahwin guna duit sendiri, bekas menantu nafi buat majlis ditanggung Chef Wan 1

Sejak semalam, hangat di media sosial berhubung tindakan chef selebriti terkenal, Chef Wan atau nama Datuk Redzuawan bin Ismail, 64 memuat nai surat saman malu yang dihantar peguam bekas menantunya, Shikin Maembong.

Dalam perkongsian di Instagram Chef Wan, dia memaklumkan yang Shikin mahu menyamannya sebanyak RM1 juta kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan fitnah berhubung isu penjagaan cucunya.

Dalam kasyen yang ditulis olehnya, dia menyatakan yang tindakan bekas isteri kepada anaknya, Chef Riz atau Muhammad Nazri itu sebagai perkara yang membuang masa.

Chef Wan juga ada menyentuh perihal perkahwinan mereka dahulu yang dikatakan ditanggung sepenuhnya oleh dia.

Kahwin guna duit sendiri, bekas menantu nafi buat majlis ditanggung Chef Wan 2

Tidak terima dengan apa yang diperkatakan Chef Wan, Shikin menerusi Insta Storynya telah menafikan apa yang diperkatakan bekas bapa mertuanya itu.

Menurut wanita tersebut, mereka sama sekali tidak pernah menggunakan satu sen pun duit dari bapa bekas suaminya itu kerana masing-masing mempunyai duit sendiri kerana menjalankan satu perniagaan secara berkongsi.

Dia juga menjelaskan  yang apa yang diperkatakan oleh bekas bapa mertuanya adalah satu fitnah dan orang ramai patut tahu memandangkan sudah ada pihak-pihak yang meninggalkan komen dengan mengeluarkan kenyataan yang bercanggah daripada hal sebenar.

Setakat ini belum ada sebarang respon dari pihak Chef Wan sendiri dan dia juga dilihat sedang sibuk keluar negara atas urusan kerja.

Untuk makluman, anak sulung Chef Wan pernah berkahwin dengan Shikin Maembong yang juga kakak kepada pelakon terkenal Emma Maembong sekitar tahun 2014.

Namun begitu, mereka telah berpisah pada 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan.

Sumber: Instagram Chef Wan, Shikin Maembong


Kahwin guna duit sendiri, bekas menantu nafi buat majlis ditanggung Chef Wan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list