Infotainment

Kamal Adli Cedera Parah Diserang Lelaki Tak Dikenali

Kamal Adli Cedera Parah Diserang Lelaki Tak Dikenali
Kamal Adli Cedera Parah Diserang Lelaki Tak Dikenali 1

Pelakon Uqasha Senrose memaklumkan suaminya, Kamal Adli cedera parah selepas diserang oleh seorang individu tidak dikenali di Singapore Exspo Hall, Singapura semalam.

Memetik Kosmo, Uqasha berkata insiden berlaku selepas selesai menertai sebuah acara di sana. Ujarnya, seorang lelaki memanggil Kamal sebelum aktor itu dipukul berkali-kali menggunakan cotar.

BACA: Kamal Adli Beri Hadiah Mewah RM12,000 Sempena Hari Jadi Uqasha Senrose

“Ketika kami bergambar bersama seorang peminat, seorang lelaki tiba-tiba memanggil nama Kamal sebelum memukulnya berkali-kali di bahagian kepala, muka dan badan dengan cotar dan senjata tajam sehingga cedera parah.

“Kejadian tersebut berlaku di depan mata saya. Kami tidak kenal pun lelaki tersebut,” katanya.

Menurut Uqasha lagi, individu tersebut telah pun ditahan oleh polis Singapura serta memberitahu pelaku tersebut memberi amaran ada pihak menghantarnya untuk menyerang mereka.

“Ketika kejadian berlaku, ahli keluarga saya semua ada di lokasi tersebut. Lelaki berkenaan berjaya ditahan oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Paling seram dia turut menjerit meninggalkan amaran kepada kami sekeluarga supaya berjaga-jaga dan memberitahu ada individu yang menghantarnya untuk menyerang kami,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, adik-beradiknya turut menerima ugutan daripada individu berkenaan yang berkata dia cemburu apabila Kamal berkahwin dengan aktres itu.

“Bila dia dah ditangkap oleh orang awam, dia berikan beberapa alasan antaranya, kononnya dia dihantar oleh satu pihak.

“Kemudian, katanya dia ada isu peribadi dengan Kamal dan bila ditanya lagi, dia beritahu bahawa dia cemburu apabila Kamal berkahwin dengan saya.

“Hal yang menjadi kerisauan kami, dia sempat memberikan ugutan kepada kami. Katanya, dia ingat wajah kami termasuk adik beradik saya dan akan menanggung akibatnya,” katanya.

See also  Proton S70 sedan — varian Executive, Premium, Flagship dan Flagship X diperinci; tujuh pilihan warna

Berkongsikan mengenai keadaan suaminya, Uqasha berkata ada kemungkinan Kamal perlu menjalani pembedahan kerana luka yang besar dan panjang.

“Saya sedih kerana Kamal perlu jalani pembedahan, sebab belakang kepala luka panjang. Mungkin dia kena ditidurkan. Saya tak boleh nak masuk bilik pembedahan sekarang. Cuma boleh buat laporan polis di Singapura,” katanya.


Kamal Adli Cedera Parah Diserang Lelaki Tak Dikenali 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo